My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, August 31, 2010

Bagaimana Menentukan Bayi Mendapat Susu Yang Mencukupi

Salam semua.. melalui pembacaan, su dapati ramai ibu yang keliru bagaimana untuk menentukan samaada anaknya mendapat susu yang mencukupi atau tidak. Ramai ibu yang merasa kurang yakin dengan kuantiti susu yang mereka hasilkan sehingga terpaksa memberikan susu formula kepada anak tersayang. Oleh itu, su nak kongsikan secara ringkas, tanda-tanda bayi mendapat susu yang mencukupi.

1. Sekurang-kurangnya 6 lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan 2- 5 kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
2. Pastikan najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.
3.berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
4.Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.
5.Tidurnya nyenyak, bayi kelihatan cergas ketika bangun tidur.

Penerangan untuk point 1 :
Pastikan ia telah membasahi sekurang-kurangnya 6 lampin sehari dengan air kencingnya berwarna kuning pucat, bermula sekitar hari ke 3 atau ke 4 selepas kelahiran. Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari (mungkin sekali selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu yang pertama). Pada minggu pertama selepas kelahiran, bayi anda sekurang-kurangnya membuang air besar sebanyak 2 kali sehari. Kemudian meningkat kepada sekurang-kurangnya 5 kali sehari apabila berusia 1- 4 minggu. Semakin meningkat usia bayi semakin kurang ia membuang air besar dan kadangkala tidak membuang langsung untuk beberapa hari. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu kurang berbau berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula.

Ibu-ibu, bayi yang menyusu susu ibu memang akan menyusu dengan lebih kerap berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula. Ini kerana sifat susu ibu yang lebih mudah dihadam membuatkan bayi lebih cepat merasa lapar. Oleh itu, jangan risau kalau anak anda tidurnya tidak lama & kerap menyusu. (menyusu selang 1 1/2 jam dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan). Ya, mungkin ada ibu yang merasa penat & tak sanggup menghadapi situasi seperti ini. tapi ingat, susu anda lah yang terbaik untuk si kecil anda. Buat pilihan yang tepat yer..

Susu saya makin sikit..kenapa ni??

 Minggu ni, su agak mengaktifkan diri kat facebook Hospital Bersalin. Su dapati, ramai ibu-ibu yang mengalami masalah 'kurang susu'. jadi untuk menambahkan ilmu su, su cuba cari info tambahan tentang isu ini. hasilnya, su terjumpa satu artikel yang menarik daripada hayati. Ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu, su sarankan anda baca artikel ni sampai habis..

Sekadar pendapat dan pandangan. Isu mengenai bagaimana susu mulai berkurang atau cara-cara untuk meningkatkan susu akan sentiasa menjadi suatu isu yang menjadi perhatian terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja. Perkara ini lebih kerap berlaku setelah bayi diperkenalkan dengan solid food dan setelah bayi lebih aktif dan peka terhadap persekitaran luar sekaligus membuatkan bayi kurang berminat untuk memberi tumpuan untuk menyusu dibreast dalam tempoh waktu yang lama. Begitu juga dengan ada diantara bayi yang mula berubah sleep patternnya setelah meningkat bulannya, yang mana mereka tidur lebih lama ada waktu malam sekaligus berkurangnya demand ketika waktu malam.


Sering ibu-ibu take for granted cara anak menyusu dan beranggapan, apabila anak sudah melekap dibreast means, that's it! Senario ini mungkin lebih berbeza kepada ibu-ibu yang menyusu sepenuh masa 24 jam, kerana anak tidak didedahkan kepada sebarang bentuk medium penyusuan yang lain seperti botol dan sebagai berbanding dengan ibu bekerja. Ada juga yang berlaku apabila anak tidak menyusu dengan full effort (main-main) apabila menyusu dibreast sekembalinya ibu, kerana sudah biasa dengan aliran yang lebih mudah (botol) ketika berada dengan di nursery atau pengasuh. (Ini hanya sekadar pemerhatian sahaja, tidak semua!) Disini saya terjemahkan semula artikel-artikel yang dibaca dan dicompile dari pelbagai sumber mengikut pemahaman sendiri.

Seperti yang selalu diperkatakan, produksi susu adalah berdasarkan konsep 'deman-supply'. Untuk mempercepatkan pengeluaran susu, kunci utamanya adalah 'remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings' atau lebih mudah kosong breast dengan kerap supaya lebih kurang susu yang terkumpul dalam breast dan lebih cepat susu baru diproses. Tetapi jangan terkejut, masih ada lagi diantaranya yang beranggapan, lagi lama susu dibiarkan dalam breast lagi banyak yang akan dihasilkan dan lebih lama dijarakkan waktu pengosongan, lagi lumayanlah hasil perahan yang akan didapati. Konsep yang selalu mengundangkan kearah pengurangan susu diakhir-akhir nanti.

Jadi berbalik kepada isu mengapa susu saya berkurang walaupun anak saya sentiasa melekap di breast? Menurut sumber dari kellymom, make sure that baby is nursing efficiently. Efisyen disini bermaksud susu dikeluarkan dari breast sepenuhnya hanya dari hisapan bayi. Tetapi yang menjadi masalah kebanyankan ibu dan bayi adalah tidak mendapat susu yang sepatutnya walapun menyusu dibreast. Menurut Dr. Jack Newman (dari artikel: Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby), senario ini dinamakan 'nibbling'. Dimana satu situasi bayi yang menyusu tetapi tidak dapat mengeluarkan susu yang sepatutnya. Dan bayi yang menyusu dalam situasi ini akan menyusu dengan lebih lama dan masih tidak dapat cukup susu. Situasi ini umpama mengosongkan satu kolam dengan mengguna straw! Contoh bayi yang menyusu begini, anda boleh saksikan divideo ini. (Click to see the Video)

Jadi, untuk memastikan bayi menyusu dengan efisyen, ibu-ibu perlu tahu sama ada bayi mendapat susu dengan sebetulnya atau tidak. Perhatikan gaya bayi anda menyusu. Pattern bayi yang menyusu dengan sebetulnya adalah apabila bayi menghisap, dagunya akan berhenti seketika, pada ketika inilah susu akan disedut keluar (open mouth wide-->pause-->close mouth). (Lihat video untuk gaya penyusuan yang betul). Lagi lama 'pause' itu, lagi banyak susu yang didapati. Jika bayi yang menyusu dalam pattern ini berterusan selama 20 minit akan lebih kenyang berbanding bayi yang 'nibbles' (menyusu tetapi tidak dapat susu) walaupun 20 jam, masih akan menunjukkan tanda-tanda tidak cukup susu. (Sumber: Dr. Jack Newman, Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby).

Terjadi juga keadaan dimana, bayi akan mudah melepaskan puting apabila aliran susu semakin perlahan. Apa yang boleh dilakukan, buat breast compression untuk melajukan aliran susu itu. Mula tekan apabila bayi dalam keadaan menghisap. Setelah breast compression dilakukan, beralih ke breast sebelah, dan lakukan yang serupa. Tujuan breast compression ini dilakukan adalah untuk memastikan bayi mendapat susu sebanyak mana yang mungkin dan susu dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya. Untuk lebih pemahaman bagaimana breast compression dilakukan, anda boleh lihat video yang di-link kan. (See Video for Breast Compression)

Pelbagai lagi faktor yang menyebabkan bayi tidak menyusu dengan efektif seperti bayi yang cepat mengantuk/tertidur semasa menyusu, bayi yang mudah terganggu dengan persekitaran ketika menyusu,bayi yang tidak kerap menyusu, bayi yang dalam keadaan tidak sihat e.g: demam, selsema dan sebagainya. Kesemua faktor-faktor itu boleh menyebabkan bayi tidak menyusu secara efektif akan menyebabkan, susu tidak pindahkan/dikeluarkan dengan sepenuhya. Dan jika keadaan ini berterusan ibu-ibu akan mendapati susu yang dihasilkan semakin berkurang.

Jika bayi anda mempunyai salah satu ciri-ciri berikut, sebagai jalan sementara, ibu-ibu boleh consider pumping between nursing session. Tujuan memerah diantara waktu menyusu atau selepas menyusu adalah untuk memastikan susu dikosongkan sehabis yang mungkin. Pemerahan adalah lebih dicadangkan apabila bayi tidak menyusu kerap dan selang diantara penyusuan seterusnya agak lama. Sekali lagi, ramai yang ragu-ragu untuk memerah diantara waktu penyusuan, kerana bimbang susu tidak cukup atau lambat terhasil sekiranya jika bayi menyusu selepas itu. Seperti yang dikatakan, pemerahan adalah dicadangkan bagi bayi tidak menyusu dengan kerap. Selain daripada itu, pemerahan secara kerap dan konsisten apabila tidak bersama bayi e.g kerja dan sebagainya.

Yang terakhir sekali, ibu-ibu yang menyusu ini harus menjaga diet seharian. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Minum air yang secukupnya. Dan seterusnya barulah boleh mempertimbangkan supplemen-supplemen yang boleh menambahkan susu dan sebagai.

Sumber:

1. Kellymom

2. Dr Jack Newman Breastfeeding Clinic and Institute-NBCI
 
 

Monday, August 30, 2010

sticky post : PENGHARGAAN BUAT SEMUA IBU

entry ini akan berada di sini selama yang su mahu.hehe...oleh itu, sila scroll ke bawah untuk entry terkini yer.(",)



Su tujukan kad penghargaan ini kepada semua ibu yang pernah & sedang menyusukan anak. Seperti kata-kata di dalam kad ini, anda semua adalah contoh kepada semua ibu. Kerana anda lah, hati su terbuka untuk mencari ilmu penyusuan sejak mengandung lagi dan kerana itu lah, sehingga kini su masih berjaya menyusukan Aulia' sepenuhnya.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA.

kredit kepada Mardziah (salah seorang Breastfeeding Peer Counselor di JB) atas penghasilan kad ini

p/s: Kad ini untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Tapi su PERLU tujukan kad penghargaan ini kepada seorang kawan su walaupun dia tidak menyusukan anaknya (kerana kurang ilmu&pendedahan). Dialah antara orang terawal yg memperkenalkan su kepada PENYUSUAN SUSU IBU dan kerana itu su tau, dia sangat kecewa bila tak berjaya menyusukan anak diaAdlina, thanks to you, aku berjaya menyusukan aulia' sampai hari ini. Aku doakan hang akan berjaya breastfeed adik-adik aisy pasni. I'll be there whenever u need me, insyaAllah..

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya untuk Kakitangan Kerajaan


Civil Servant Gets Special Financial Assistance of RM500
KUALA LUMPUR, Aug 25 (Bernama) -- Government agreed to pay a Special Financial Assistance of RM500 to civil servants in the Gred 1 to 54, and retirees.

DETAILS OF THE STORY WILL FOLLOW

-- BERNAMA

Alhamdulillah..ckit pun xpelah..mudah-mudahan hujung tahun nnt akan ada lagi berita gembira menyusul..

Tuesday, August 24, 2010

Kempen 1 Blog 1 Bendera


Yeay!! Sempena Bulan Kemerdekaan ini, su pun nak turut serta dalam kempen 1 Blog 1 Bendera yang dianjurkan oleh blog ini.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53! SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN MAKMUR, MAJU & RAKYATNYA HIDUP BAHAGIA.


Friday, August 20, 2010

Sabar, sesungguhnya aku sedang berpuasa

Tengahari tadi, berlaku satu kejadian yang amat menyakitkan hati.


Kat ofis su ni tempat parking memang tak cukup. Memang dah jadi kebiasaan untuk parking kat belakang kereta orang (block kereta dia). Tapi kereta-kereta yang block ni mestilah tak tarik handbreak supaya senang orang nak tolak kereta dia..

Tengahari tadi macam biasa su & husband nak balik rumah. (biasanya hari jumaat memang kami balik rumah time rehat tengahari).

Dari jauh dah nampak, ada kereta myvi biru block kereta kami. 'xpelah..boleh tolak je' fikir su & husband.
Husband su pun pegilah tolak kereta tu. langsung tak bergerak. Kami pun intai dalam kereta.Rupa-rupanya, owner kereta tu letak gear kat P!! walaupun dia tak tarik handbreak, kereta still x leh gerak kalau buat camtu. Adoiiii!!!Sengal betul orang ni!! 

Nasiblah kereta kami ni kecik je..lipat side mirror, & husband su cuba keluarkan kereta senget. Memang sipi sangat2. Bayangkanlah, nak kena jaga2 dengan myvi tu, dengan kereta kat kiri & kanan lagi, kat kereta belakang lagi. Geram betul su. Dahla su puasa..Kurang pahala hari ni.. Tapi kira ok jugak la. Masa tengah marah tu su bercadang nak tulis kat status FB su.Tapi alhamdulillah, berjaya kawal kemarahan. Hmm..lain kali tolonglah fikirkan pasal orang lain sama. Jangan pentingkan diri sendiri je!!

Program Latihan MBfPC di Sabah


 Salam semua.. Su nak war-warkan yang Malaysian Breastfeeding Peer Councelor (MBfPC) akan mengadakan latihannya di Sabah. Butiran seperti berikut :

Tarikh: 29 - 31 Oktober 2010
Masa: 8:00 pagi hingga 6:00 petang
Tempat: Bilik Beaufort (Tingkat 1), Lembaga Tabung Haji Sabah, Jalan Sembulan,
Peti Surat 12908,
88832 Kota Kinabalu, Sabah

Pada yang berminat untuk menyertai program latihan pada kali ini, bolehlah menghantar butiran seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mail kepada admin@malaysianbfpc.org

Su sendiri dah pun mengikuti latihan ini di Melaka pada 2-4 Julai 2010 yang lalu. Secara peribadi, su rasa latihan ni sangat berguna & penuh dengan informasi. memang seronok bila dikelilingi oleh kawan-kawan yang semuanya begitu bersemangat untuk mempromosikan penyusuan susu ibu! =)

Wednesday, August 18, 2010

Utusan Malaysia Online - Forum

Utusan Malaysia Online - Forum

RAMADAN berkunjung lagi dan umat Islam berpuasa lagi di siang hari dan cuba meningkatkan amal ibadah di malam hari seperti mendirikan solat tarawih dan lain-lain solat.
Setelah bertahun mendirikan solat tarawih, ada yang masih berdebat di antara mendirikan lapan rakaat ataupun 20 rakaat. Saya ingin mencadangkan agar umat Islam di Malaysia mendirikan lapan rakaat solat tarawih di masjid dan surau.
Pada pemerhatian saya majoriti rakyat Malaysia mahukan solat lapan rakaat, ini kerana selesai sahaja lapan rakaat, majoriti masjid/Surau akan kosong dengan hanya meninggalkan "hard core & heavy weight" sahaja.
Jadi kenapa pihak masjid/surau syok sendiri melakukan 20 rakaat. Kenapa tidak hanya mendirikan solat lapan rakaat tetapi dipanjangkan sedikit bacaan ayat suci. Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci.
Tetapi yang afdalnya jemaah akan sama-sama mendirikan keseluruhan solat tarawih termasuk solat witir bersama imam yang mana akan menjadikan solat tarawih lebih bersepadu dan anak-anak kecil lebih memahami fadilatnya.
Cadangan ini saya bangkitkan setelah mendengar keluhan anak saya yang berumur 8 tahun semasa solat tarawih bersama di masjid. Semangatnya yang berkobar-kobar diawal solat mulai pudar selepas mendengar ada lagi 10 rakaat untuk diteruskan.
Lagipun majoriti jemaah terpaksa bekerja dan bersekolah keesokan harinya melainkan "heavy weight" yang telah pencen ataupun "hard core" yang memang pekerjaannya di masjid.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Selamat beramal.
AZIR
Keramat

Hmm..terkedu su membaca tulisan En.Azir ni..kasihan pun ada..Bukankah di Bulan Ramadhan ini kita dituntut untuk melipatgandakan amal ibadat?kalau pun tidak setuju dengan amalan solat terawikh 20 rakaat yang rata-rata diamalkan di masjid/surau seluruh negara, tak perlu lah sampai melabel golongan yang menunaikan solat terawikh 20 rakaat sebagai heavy weight ataupun hard core. Pelik betul su. Encik Azir, ramai je orang yang bersolat 20 rakaat, balik rumah sambung lagi dengan bertadarus, sebelum sahur bangun lagi utk qiamullail, tapi masih boleh bekerja/bersekolah esoknya. Lain kali tulis berdasarkan fakta ok..dahla hantar masuk paper..

p/s: su pun buat 8 rakaat je.tapi su kagum & admire dgn org yg buat 20 rakaat consistantly.kenapa dorang boleh luangkan lebih masa utk beribadat kepada Allah, tapi kita ni pulak sentiasa aje cuba mencipta alasan. Apa2pun, yang penting keikhlasan kita dalam beribadat. 

Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah..

Tuesday, August 17, 2010

Metrojaya Sale at Putrajaya


Thanks to Ina..

Su punya baju raya tak cukup lagi ni..baju enchek husband & aulia' dah cukup, tp nk tambah lagi pun apa salahnya kan??hihiii

(Enchek husband tersayang,sila baca dengan nada suara yg paling lembut yer)
Bibiiiiiii....sayang buah hati intan payung, nanti kita pergi sale ni yer..nanti su masak sedap2 utk bibi..yer sayang??? hihiiii

Kawan2 di Putrajaya & berhampiran, mari kita bershopping!!

Yeay!! saya sudah ada gigi.. (",)

Salam kawan-kawan..dah banyak hari tak update blog..huhuu..
nak cerita, aulia' dah ada gigi tau..
nampaknya gigi pertama dia ialah gigi kapak..tau x gigi kapak?gigi depan sekali, kat atas.
Mak & MIL su kata, orang tua kata kalao tumbuh gigi atas dulu nnt budak tu akan jd org yg suka bercakap besar..(ye ker??) tp su yakin, kalau kita didik anak2 kita dengan betul & sentiasa berdoa pada Allah, insyaAllah anak kita pun akan membesar dengan nilai-nilai yang baik..

Oh, sejak ada gigi ni, aulia' punya hobi menggigi & menghisap sudah semakin teruk..sila lihat bukti ini yer..love bite ini bukti kesungguhan aulia' menggigit dan menghisap muka mummy..

















Friday, August 13, 2010

Hukuman mati kes buang bayi

BERITA PENUH

Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.


Su sokong sangat kerajaan ambik keputusan camni. Tolonglah..su tak boleh bayangkan manusia apa yang sanggup bunuh anak sendiri lepas dia bersusah payah mengandungkan & bertarung nyawa melahirkan anak tu. Kenapa sampai sanggup membunuh?? Mana pergi sifat kemanusiaan, perasaan kasih dan sayang dalam diri kita?Tak takut kah kita dengan balasan Allah di Akhirat kelak? Di dunia kita mungkin akan terlepas, tapi di Akhirat sana, takde sorang manusia pun yang akan mampu mengelak hukuman Allah.

Su merayu, kalaulah kita kenal/tahu mana-mana perempuan yang terlanjur dan hamil, janganla kita menjauhi mereka. Berdampinglah dengan mereka, atau sekurang-kurangnya bantulah mereka dengan menghantar mereka ke tempat2 yang khusus untuk mereka. Banyak NGO yang sanggup membantu mereka. Malah orang2 perseorangan pun ramai yang sanggup mengambil anak itu sebagai anak angkat. Janganlah anak itu menjadi mangsa kepada kesalahan yang kita lakukan.


YA ALLAH, KAU BERIKANLAH PETUNJUK & HIDAYAH MU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI. JANGANLAH KAU PALINGKAN MUKAMU DARI KAMI, & JANGANLAH KAU PENUHKAN HATI KAMI DENGAN TITIK-TITIK HITAM SEHINGGA KAMI TIDAK MAMPU MEMBEZAKAN BAIK & BURUK SESUATU PERKARA. KAU LINDUNGILAH UMAT NABI MU INI YA ALLAH.KAU LINDUNGILAH ANAK-ANAK KECIL YANG TIDAK BERDOSA INI. LIMPAHKANLAH RASA KASIH SAYANG KEPADA IBU YANG MELAHIRKANNYA SEHINGGA IBU ITU TIDAK AKAN SANGGUP UNTUK MENCELAKAI ANAKNYA.YA ALLAH, AKU MEMOHON PADAMU DENGAN SEPENUH HATIKU.MAKBULKANLAH DOA HAMBAMU INI..


Monday, August 9, 2010

Kisah Aulia' Yang Susah Nak Makan

Huhuuuu..sedih ni..Macam mana ibu-ibu bagi anak makan yer? Dah dua minggu sinca Aulia' mula makan. Masa pertama kali su bagi dia makan, su buatkan bubur nasi  yang dikisar & ditapis + susu ibu. Alhamdulillah, aulia' makan berselera sangat. Seronok tengok dia makan. Tapi sekarang ni, dia dah tak nak makan. Kat rumah pun dia makan sikit sangat. Kat rumah pengasuh dia pun dia makan sikit jer. Macam mana nak buat yer?

Semalam su & husband pergi Nilai. Aulia' tinggal dengan maktok dia (Mak su). Mak kata aulia' makan sikit sangat-sangat. Pastu asyik nangis je. Su balik, tengok ayah tengah dukung dia kat depan rumah. Dia nangis..keluar air mata. Nampak je su, terus dia diam. Nampak dia happy sangat bila nampak su..Ya Allah..sedih sangat su rasa. Terus su ambik dia, masuk bilik & nyusukan dia. Masa su letak dia atas tilam, terus dia mengiring pandang su. Macam dah tak sabar sangat nak nenen.. Kesiannya anak mummy..dia rindu kat mummy rupanya. Pastu terus ok..Sejam lepas tu mak potong betik. Terus su lecek 1 potong, + susu badan, & cuba suapkan kat aulia'. Alhamdulillah, dia makan jugak walaupun tak banyak sangat. Lebih daripada 10 suap, kira ok la.. (tapi 1 suap tu pun su ambik sikit-sikit je)

Hmm..su tengah sedih ni..Mak kata aulia' x nak makan nasi, kenalah bagi dia bagi nestum @ instant cereal yg lain. hmm..su tak nak. Seboleh mungkin su nak aulia' makan home-made food. Takut ada bahan perasa / pewarna tiruan dalam instant cereal tu. Berdasarkan pembacaan su, instant baby food memang ada benda-benda ni walaupun sedikit.

Macam mana nak buat yer??

Wednesday, August 4, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Bayi maut tercampak

KUANTAN 3 Ogos - Seorang bayi lelaki berumur setahun terbunuh selepas tercampak keluar dari jip dipandu bapanya yang dirempuh sebuah kereta di Kilometer 101.2 Lebuh Raya Pantai Timur dekat Lanchang semalam.
Mangsa, Lee Hau Kang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Lanchang akibat kecederaan parah di badan.
Ibunya yang berusia 23 tahun cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian pukul 11.10 pagi itu berlaku ketika tiga beranak tersebut yang berasal dari Kampung Sempalit, Raub dalam perjalanan dari Raub ke Kuantan.
"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, jip yang dipandu bapa mangsa berusia 38 tahun dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota.
"Berikutan rempuhan itu, jip tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya menyebabkan kenderaan itu terbalik," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Menurut Mohamed Fauzi, sebelum jip itu terbalik, ibu dan bayi yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tercampak keluar dari kenderaan.
Tambah beliau, bapa mangsa pula tersepit di tempat duduk pemandu namun berjaya dikeluarkan dan hanya mengalami cedera ringan.
"Dipercayai bayi yang berada dalam pangkuan ibunya itu tercampak keluar dari jip dan cedera parah," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, pemandu kereta Toyota berkenaan yang merupakan seorang kakitangan awam berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Inilah yang paling su risaukan bila memangku aulia' dalam kereta. Su selalu guna car seat utk aulia' bila travel ke luar dari putrajaya. Kalau dalam putrajaya/bangi su selalu pangku je dia. Tapi lepas baca beriata ni, jadi risau pulak nak buat camtu lagi. Awal-awal dulu bila tengok su masukkan aulia' dalam car seat, mak su tak setuju jugak..macam su ni pentingkan diri sendiri, tak nak pegang anak sebab tak nak lenguh tangan. Jenuh la jugak nak explain yg itu semua untuk keselamatan aulia', bukan utk kepentingan su. sedara mara kat kampung pun macam tu jugak.. semua pakat geleng kepala bila tengok su dengan aulia' duduk kat seat belakang dalam kereta..hihiii..nak buat macam mana kan..terpaksalah enchek husband jadi drebar.. =)

Ibu-ibu sekalian, su sangat2 sarankan penggunaan car seat untuk anak-anak anda. Sekarang dah ada yang 2 in 1. boleh guna dlm lying position (utk newborn) dan juga utk sitting position (utk bayi yg lebih besar, yg dah boleh duduk). InsyaAllah, berbaloi pembelian anda tu..

Monday, August 2, 2010

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Khusus Untuk Warga Putrajaya

Kawan-kawan, Khamis ni (5 Ogos 2010) ada satu program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Butiran majlis seperti berikut :

Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 8 pagi hingga 1 petang - seminar
           1 hingga 5 petang - pameran & demonsrasi
Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (di Jabatan Audit Negara)
              No. 15, Aras G, Persiaran Perdana Presint 2, Putrajaya

ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi          -Ketibaan para jemputan & pendaftaran
                        -Tayangan Video Selingan
9.00 pagi          -Ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.15 pagi          -Ketibaan Y.B Senator Dato’ Sri Shahrizat
                          Menteri Pembangunan Wanita, 
                          Keluarga & Masyarakat
                        -Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kesihatan, 
                        Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur & Putrajaya
                        -Ucapan Perasmian & Seminar Penyusuan Susu Ibu
Serta Breastfeeding Attack!
-Persembahan
-Penyampaian Penghargaan
kepada ibu yang berjaya menyusukan bayi secara eksklusif
10.00 pagi        -Lawatan ke Tapak Pameran
                        -Minum Pagi

10.30 pagi        -AKTIVITI SEMINAR
                        -Seminar 1 :
                                    Successfull Breastfeeding
 – The 10 Steps; Baby Friendly Ways
                                    Oleh : Dr. Zuraidah Binti Abdul Latiff
                                    Pakar Perubatan Kanak-kanak
11.30 pagi        -Seminar 2 :
                                    Ibu Bekerja, Meneruskan Penyusuan
 serta Peranan Majikan
                                    Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
                                    Oleh : Juliana Abdullah (WABA)
World Alliance for Breastfeeding Action
12.30 tghari-    Sesi Soal Jawab
12.45 tgharii-    Ucapan Penutup
                        Bersurai dan makan tengah hari

1 – 5 petang     -Breastfeeding Attack!
                        -Demonstrasi memerah susu ibu,
peyimpanan susu perahan,
                        -Komposisi dan pelekapan bayi
-Kaunter pendaftaran kumpulan sokongan penyusuan susu ibu
-Pameran serta Kuiz Penyusuan susu Ibu


Untuk makluman, seminar yang diadakan ini adalah terbuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, makanan yang disediakan adalah terhad kepada peserta-peserta sahaja (wakil dari setiap kementerian). Oleh itu, orang ramai adalah dijemput bagi menghadiri seminar ini, tapi makanan kena pandai-pandai sendiri yer..hihiii




Related Posts with Thumbnails