My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, July 21, 2010

subsidi beli susu bayi

Harian Metro, 19/7/2010 - e-melAnda: Cadang beri subsidi beli susu bayi

 KENAIKAN harga gula seperti diumumkan kerajaan 15 Julai lalu adalah baik jika dilihat dari segi kesihatan kerana penggunaan gula berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit terutama kencing manis.
Bagaimanapun, perlu diingat kenaikan harga berkenaan memberi implikasi lain kepada pengguna terutama kenaikan harga makanan berasaskan gula. Malah susu tepung, manis dan pekat juga akan meningkat.

Bayangkan mereka yang berpendapatan rendah dan pada masa sama menanggung pembiayaan susu untuk anak kecil.


Jika diberi susu kurang berkualiti sudah pasti akan menjejaskan tumbesaran bayi atau kanak-kanak itu. Jadi bagi memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi khas kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli susu bayi.


Walaupun ia bermakna kerajaan perlu beri subsidi tetapi jumlah yang menerimanya agak kecil dan terpilih.


Yang menjadi masalah subsidi berkenaan mengalir keluar ke negara jiran melalui penyeludupan, jadi penguat kuasa perlu dipertanggungjawabkan. 
  
Bapa prihatin
Kuala Kubu Bahru.

-------------------------------------------------------------------

Kepada bapa prihatin & bapa-bapa/ibu-ibu di luar sana, sedari lah bahawa kita semua ada pilihan yang lebih baik, malah ianya adalah percuma. Ya, tak lain tak bukan, SUSU IBU!! tak perlu minta subsidi dari kerajaan untuk membeli susu tepung yang "lebih berkualiti" bagi menjamin tumbesaran bayi atau kanak-kanak itu. Sebaliknya belanjakan sedikit masa dan tenaga anda, cari lah ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Pasti wang anda dapat dijimatkan, dan anak anda juga lebih sihat tumbesarannya.. 
Fikir-fikirkan...dan...Selamat beramal.. 

nota tambahan: su harap xde yg salah faham dengan apa yg su nyatakan kat atas yer..su tak bermaksud menghentam/meng'kondem' keluarga yang memberikan susu formula kepada anak2 mereka. Apa yg su cuba nyatakan hanyalah kekurangan ilmu pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu lah penyebab utama mengapa ibu-ibu tidak berjaya menyusukan anak dan terpaksa memilih susu formula sbg ganti. Oleh itu, seperti yg su ada nyatakan dalam komen su, subsidi ini tidak perlu, tetapi apa yg perlu adalah:

1- ibu/bapa (individu) perlu meluangkan masa, tenaga dan mungkin juga sedikit wang untuk mempelajari ilmu2 berkaitan penyusuan susu ibu supaya setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan
2-kerajaan/syarikat swasta/NGO perlu memainkan peranan dalam menghebahkan/mempromosikan mengenai kebaikan & kelebihan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan kesedaran mengenainya di kalangan masyarakat
3-iklan/promosi susu formula perlu ditapis agar tidak menyampaikan maklumat yang tidak benar & mengelirukan pengguna

p/s: ada bezanya antara menghentam ibu/bapa yang memberikan susu formula kepada anak mereka, dengan menghentam syarikat pengeluar susu formula yang memberikan maklumat palsu sehingga mengelirukan(memperdayakan?) pengguna. Su harap kita semua boleh membezakan antara dua perkara ini supaya tidak timbul salah faham sehingga menimbulkan rasa tidak senang/tidak puas hati antara kita semua.

11 comments:

ayu said...

ayu sokong 100%..hehe

mummy-aulia' said...

hehe..thank u ayu.

nur said...

akak pun sokong :), tp mmg susah org ramai nak faham benda ni, belum yakin dgn susu ibu

mummy-aulia' said...

kak nur, blm yakin dgn susu ibu tu satu hal, tapi yg lagi susah sbb ibu sendiri tak yakin dgn diri sendiri, dgn susu dia sndiri.sbb tu penting untuk ibu2 belajar ilmu2 penyusuan.

Adlina Husaini said...

tu la kesedaran susu ibu ni masih belum diserap dicerap ditelan oleh semua org..

org dulu2 mana bek berat pasal susu ibu.siap kata basi lagi..

husband dgn org terdekat yg kena encourage sebenarnya plus ibu2 kena semangat kuat sebab breastfeed ni renyah tapi bagussss utk anak

huhu sian aisy..

mummy-aulia' said...

betu tu ina.sebab tu la kami cuba menyampaikan ilmu ttg breastfeeding ni kpd seramai mungkin orang.x kira la wanita @ lelaki. kita cuba nak 'reach' as many as possible, supaya semua org sedar ttg kelebihan breastfeeding bkn saje utk anak, tp juga utk ibu, ayah & masyarakat. xpe ina, gagal sekali x bermaksud gagal selamanya.. ;)

cik puan akish said...

emmmm..tp kan..cm me neh...bkn kate x sokong penyusuan ibu..mmg sokong 100%..dan mmg berangan nk menyusu care exclusive...n me gagal...pendapat2 itu bg ibu2 yg bnyak productionnyer...kalo cm me neh...yg x bnyak productionnyer...n yg baru first time jd ibu...lom ade knowledge..n kurang knowledge ttg bnykkan susu ibu...kene la juge kot cm bapa prihatin tuh.....
psal..me rase x sume ibu bernaseb baek leh kuarkan susu utk tampung bby dorang smpai 2 taun..juz pendapat me saje...:)

mummy-aulia' said...

cik puan akish, kalo ikutkan fitrahnya, semua ibu mampu menghasilkan susu yg mencukupi utk anaknya.cuma kadang2 di awal kelahiran, ibu tak yakin dgn kuantiti susu dia yg dia sangkakan sikit (sbnrnya baby memang tak perlu banyak susu masa awal2 tu), pastu terus top up dgn fm. bila jadi camni, baby dah kurang hisap nenen, stimulasi kurang, lama-lama susu pun akan drop sendiri. see, puncanya sbb ibu tak cukup ilmu ttg breastfeed.sbb kita x disogokkan dgn ilmu ttg bf secara besar-besaran.
jadi sbnrnya x perlu subsidi tu.yg perlu adalah hebahan, promosi ttg ilmu penyusuan susu ibu.

cik puan akish said...

aiseh...ok2..mmg me dah set kat mind...if me pregnat lg..sini la tmpt me tmbah2 ilmu..tq dear...

ok dear..me kalah...me setuju...pasal bf neh kene diberi pendedahan dgn beso lg...

tp betollah..time emmule tuh..me dah wat usahe mcm2..mak me pon dh poning cmner nk kasi laju aliran susu tuh..lg 1 problem me...my nipples pendek...so bby ssh nk isap..

♥z@z@♥ said...

harap saye dapat praktikkan tuk baby saye nanti...chayok chayok...=)

mummy-aulia' said...

insyaAllah fizay, cik akish..kita usaha seboleh mungkin utk bf anak.tapi kalau dah habis usaha pun masih tak berjaya, anggap lah setakat itu je rezeki anak kita. yang penting usaha & jangan cepat berputus asa. cuba cari penyelesaian, tanya pendapat dari orang2 yang pernah alami masalah yg sama & berjaya mengatasinya..

Related Posts with Thumbnails