My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, July 28, 2010

Solid Food Pertama Aulia'

Alhamdulillah, ahad lepas su dah mula perkenalkan solid food utk aulia'. Untuk kali pertama ni, su pilih untuk bagi aulia' rasa bubur nasi kosong yang cair, dicampur dengan susu ibu. Berselera aulia' makan..hehe..su kongsikan di sini macam mana su sediakan bubur aulia' yer..

1- basuh beras bersih-bersih
2- goreng tanpa minyak sampai beras tu kering
3- kisarkan sampai halus guna 'blender'
4- simpan beras tu dalam bekas bertutup. Setiap kali nak masak, ambil sedikit sahaja.
5- ambil segenggam beras (atau sebanyak mana yang anak anda perlukan), masukkan dalam periuk dan masak dengan air yang banyak
6- bila beras dah kembang & dah masak, tutup api & biarkan ia sejuk seketika
7- blend bubur tersebut
8- lepas dah blend, *tapis ke dalam bekas feeding yang sesuai
9- campurkan sedikit susu ibu, dan bubur ini sudah siap untuk dimakan.. (^_^)


*dari pembacaan su, ada juga ibu-ibu yang hanya blend & tidak menapis bubur pertama anak mereka. Sebenarnya ini terpulang pada ibu sendiri. Pendapat peribadi su, su lebih suka menapis bubur pertama aulia' sebab su tak nak perut dia terkejut. Yelah, macam yang kita tau, susu ibu sangat mudah dihadam. Jadi bila pertama kali menerima makanan lain selain susu ibu, su takut perut dia terkejut & terpaksa bekerja lebih keras utk proses makanan tu. Sebab tu su lebih suka berikan bubur yang betul-betul cair dahulu.Minggu depan insyaAllah boleh pekatkan sikit bubur dia. :)

p/s : sakit hati nih!!tak leh nak upload gambar la pulak!!!huhuuu.next time su masukkan gambar k..

4 comments:

♥z@z@♥ said...

SHARING IS CARING....=)
nanti nak try wat tuk baby fizay...

miss_hunt said...

tahniah k.su..berkorban ape saje to be da best mummy..hana suke sgt bce blog k.su..tiap kali bace rase xsabar2 nak ade baby..hikhik..

mummy-aulia' said...

fizay, sila-silakan..
miss_hunt: TQ..anak tu amanah.setiap anak dtg dgn membawakan pelbagai emosi kt kita tau.ada masa kita hepi tgk dia, ada masa rasa geram, ada masa rasa nak marah.bkn 24jam hepi je..kena prepare untuk semua tu..tp most of de time hepi la kot..heheh..

miss_hunt said...

wah,can't wait loh..hehehe..bila aulia' nk dpt adik ni k.su?

Related Posts with Thumbnails