My Online Friends. TQ for following me =)

Thursday, July 29, 2010

Fiesta Kajang, 30 Julai hingga 1 Ogos 2010

credit to : http://xclusivelyxpressing.blogspot.com

Program MBfPC kali ini akan menemui komuniti setempat selama 3 hari dari 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Fiesta Kajang anjuran Majlis Perbadanan Kajang (MPKJ). Kami akan berada di Dataran Prima Saujana Kajang, bersebelahan McDonalds. Berbeza di Karnival Sihat yang berlangsung selama 1 hari sahaja, program MBfPC di FK kali ini akan berlangsung selama 3 hari, dan pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang 3 hari tersebut.  

Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 3 hari tersebut adalah seperti pameran poster dan risalah mengenai Penyusuan Ibu, kuiz, tayangan video mengenai penyusuan, pertandingan mewarna dan yang paling penting adalah khidmat bimbingan dan sokongan dari para Peer Counselor yang hadir pada hari tersebut.  Ini adalah sebagai salah satu usahan para PC's untuk memperkenalkan fungsi dan kewujudan mereka sebagai Malaysian Breastfeeding Peer Counselors didalam masyarakat. 

Selain itu, pada 1 Ogos 2010, akan diadakan Sambutan Hari Susu Ibu 2010. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:
- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers

Para ibu-ibu yang lain juga dijemput hadir ke booth kami di Fiesta Kajang itu untuk bersama-sama memeriahkan acara di sana :)

p/s:insyaAllah su akan berada di sini pada hari sabtu, 30/7/2010. & kalau berkesempatan, su juga akan ada pada 1/8/2010.Jom, jumpa di sana ya..

 

Wednesday, July 28, 2010

Solid Food Pertama Aulia'

Alhamdulillah, ahad lepas su dah mula perkenalkan solid food utk aulia'. Untuk kali pertama ni, su pilih untuk bagi aulia' rasa bubur nasi kosong yang cair, dicampur dengan susu ibu. Berselera aulia' makan..hehe..su kongsikan di sini macam mana su sediakan bubur aulia' yer..

1- basuh beras bersih-bersih
2- goreng tanpa minyak sampai beras tu kering
3- kisarkan sampai halus guna 'blender'
4- simpan beras tu dalam bekas bertutup. Setiap kali nak masak, ambil sedikit sahaja.
5- ambil segenggam beras (atau sebanyak mana yang anak anda perlukan), masukkan dalam periuk dan masak dengan air yang banyak
6- bila beras dah kembang & dah masak, tutup api & biarkan ia sejuk seketika
7- blend bubur tersebut
8- lepas dah blend, *tapis ke dalam bekas feeding yang sesuai
9- campurkan sedikit susu ibu, dan bubur ini sudah siap untuk dimakan.. (^_^)


*dari pembacaan su, ada juga ibu-ibu yang hanya blend & tidak menapis bubur pertama anak mereka. Sebenarnya ini terpulang pada ibu sendiri. Pendapat peribadi su, su lebih suka menapis bubur pertama aulia' sebab su tak nak perut dia terkejut. Yelah, macam yang kita tau, susu ibu sangat mudah dihadam. Jadi bila pertama kali menerima makanan lain selain susu ibu, su takut perut dia terkejut & terpaksa bekerja lebih keras utk proses makanan tu. Sebab tu su lebih suka berikan bubur yang betul-betul cair dahulu.Minggu depan insyaAllah boleh pekatkan sikit bubur dia. :)

p/s : sakit hati nih!!tak leh nak upload gambar la pulak!!!huhuuu.next time su masukkan gambar k..

Thursday, July 22, 2010

Pelajaran baru Aulia'



Semalam mummy & baba gi alamanda, beli barang rumah ckit. Pastu baba ternampak mainan ni..'baby playgym' kot nama dia. Terus teringat kat anak kesayangan tu.. Beli, terus bawak gi umah maktok & baba terus pasang. Seronoknya tengok aulia' main. Rasa berbaloi sangat beli playgym ni sebab aulia' sukaa.. Walaupun macam simple je, tapi yang penting aulia' suka, & dia pun boleh belajar daripada mainan ni. Ok, ini pandangan su tentang apa bagusnya playgym ni:

1- senang dipasang & mobile..senang nak angkut gi mana-mana
2-ada bunyi-bunyian yang boleh menarik minat bayi-bayi macam aulia' :)
3- aulia' boleh belajar untuk menggerakkan tangan bagi mencapai benda & belajar menggerakkan kaki (menendang)
4- dijadikan alat untuk merangsang aulia' bergerak ke depan (menjulur/merangkak)

Harap-harapnya aulia' tak cepat bosan dengan mainan ni. Maklumlah, budak-budak macam dia ni memang cepat bosan kan.. hihiihii

Wednesday, July 21, 2010

subsidi beli susu bayi

Harian Metro, 19/7/2010 - e-melAnda: Cadang beri subsidi beli susu bayi

 KENAIKAN harga gula seperti diumumkan kerajaan 15 Julai lalu adalah baik jika dilihat dari segi kesihatan kerana penggunaan gula berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit terutama kencing manis.
Bagaimanapun, perlu diingat kenaikan harga berkenaan memberi implikasi lain kepada pengguna terutama kenaikan harga makanan berasaskan gula. Malah susu tepung, manis dan pekat juga akan meningkat.

Bayangkan mereka yang berpendapatan rendah dan pada masa sama menanggung pembiayaan susu untuk anak kecil.


Jika diberi susu kurang berkualiti sudah pasti akan menjejaskan tumbesaran bayi atau kanak-kanak itu. Jadi bagi memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi khas kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli susu bayi.


Walaupun ia bermakna kerajaan perlu beri subsidi tetapi jumlah yang menerimanya agak kecil dan terpilih.


Yang menjadi masalah subsidi berkenaan mengalir keluar ke negara jiran melalui penyeludupan, jadi penguat kuasa perlu dipertanggungjawabkan. 
  
Bapa prihatin
Kuala Kubu Bahru.

-------------------------------------------------------------------

Kepada bapa prihatin & bapa-bapa/ibu-ibu di luar sana, sedari lah bahawa kita semua ada pilihan yang lebih baik, malah ianya adalah percuma. Ya, tak lain tak bukan, SUSU IBU!! tak perlu minta subsidi dari kerajaan untuk membeli susu tepung yang "lebih berkualiti" bagi menjamin tumbesaran bayi atau kanak-kanak itu. Sebaliknya belanjakan sedikit masa dan tenaga anda, cari lah ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Pasti wang anda dapat dijimatkan, dan anak anda juga lebih sihat tumbesarannya.. 
Fikir-fikirkan...dan...Selamat beramal.. 

nota tambahan: su harap xde yg salah faham dengan apa yg su nyatakan kat atas yer..su tak bermaksud menghentam/meng'kondem' keluarga yang memberikan susu formula kepada anak2 mereka. Apa yg su cuba nyatakan hanyalah kekurangan ilmu pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu lah penyebab utama mengapa ibu-ibu tidak berjaya menyusukan anak dan terpaksa memilih susu formula sbg ganti. Oleh itu, seperti yg su ada nyatakan dalam komen su, subsidi ini tidak perlu, tetapi apa yg perlu adalah:

1- ibu/bapa (individu) perlu meluangkan masa, tenaga dan mungkin juga sedikit wang untuk mempelajari ilmu2 berkaitan penyusuan susu ibu supaya setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan
2-kerajaan/syarikat swasta/NGO perlu memainkan peranan dalam menghebahkan/mempromosikan mengenai kebaikan & kelebihan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan kesedaran mengenainya di kalangan masyarakat
3-iklan/promosi susu formula perlu ditapis agar tidak menyampaikan maklumat yang tidak benar & mengelirukan pengguna

p/s: ada bezanya antara menghentam ibu/bapa yang memberikan susu formula kepada anak mereka, dengan menghentam syarikat pengeluar susu formula yang memberikan maklumat palsu sehingga mengelirukan(memperdayakan?) pengguna. Su harap kita semua boleh membezakan antara dua perkara ini supaya tidak timbul salah faham sehingga menimbulkan rasa tidak senang/tidak puas hati antara kita semua.

Tuesday, July 20, 2010

Entry Khas Buat Suami Tersayang

Tiap-tiap pagi, suami su akan bangun dulu. Dia bangun dalam pukul 6, su bangun 6.30.hehe..
Tiap-tiap pagi, suami su akan bangunkan Aulia', basuh kencing & tukarkan lampin dia. 2/3 hari sekali, dia akan potongkan kuku aulia'.
Tiap-tiap malam, suami su akan kutip botol-botol susu yang dah guna, & basuh botol-botol tu. Seminggu sekali, dia akan rendam botol-botol tu dalam air panas.
Tiap-tiap pagi(kadang2 malam), suami su akan duduk sorang-sorang kat kerusi meja makan di dapur, dan dengan ditemani sehelai tuala kecik, dia akan lap botol2 susu yang dah hampir kering.
Tiap-tiap pagi, suami su akan ambil botol-botol susu bekalan aulia' kat umah mak pah & masukkan dalam cooler beg. Tak lupa juga dimasukkan sekali 3 ketul ice pack MLO,1 coleman ice brite & 1 chiller RM5 yang dibeli di Daiso.
 Tiap-tiap pagi, suami su akan masukkan susu yang su baru perah (dia kata susu terbaik dari ladang) dalam botol minum Aulia'. Pastu corong tu dia basuh.
Tiap-tiap pagi juga, suami su akan masukkan 6 biji botol kosong dan 2 corong (breast shield) yang baru dibasuh ke dalam cooler beg untuk su bawak ke ofis.

Tapi tiap-tiap pagi jugak, su tak pernah ingat nak ucapkan terima kasih kat suami su. hehe..

Sayang, terima kasih kerana menjadi suami yang sangat menyokong su dalam menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak kita & dalam usaha su untuk mem'famous'kan amalan dan kebaikan penyusuan susu ibu kepada semua ibu.

 TERIMA KASIH DAUN KELADI, LEPAS NI PUN TIAP-TIAP HARI BUAT LAGI  yer.. (",)






Monday, July 19, 2010

Operasi menyusun EBM & men'defrost' deep freezer

Dah lebih 3 bulan su beli deep freezer ni. (enchek husband yg beli sebenarnya..hehe)Beli masa dalam pantang lagi sbb masa tu dok dengan mak, pt ais mak dah tak muat nk simpan stok EBM su.
So lepas 3 bulan, bahagian tepi deep freezer tu pun dah mula ada ais2 beku..so semalam, su & husband membuat operasi men'defrost'kan deep freezer tu & sekaligus, menyusun EBM stok yang ada..
 my ebm stocks from february-July 2010 (sebelum dikemas)
 Stok bulan 2 terpaksa dibuang (walaupun belum 6 bulan, tp su x confident nak guna sbb sebelum su simpan dlm DF, su simpan dlm freezer dekat sebulan. So su rasa itu disebabkan itu, susu2 ini tak boleh tahan sampai 6 bulan)
 Aulia' merengek2 bila kena tinggal sorang2 kat depan. So amik toto, bentangkan kat dapur, n bermain-mainlah aulia' seorang diri kat toto tu..hihiii..
 proses menyimpan & mengasingkan stok EBM mengikut bulan. (1-15hb 1 plastik, 16-30/31 hb 1 plastik utk stiap bulan)


Deep freezer saya yang telah siap di'defrost' dan EBM yang telah siap disusun mengikut sistem First In First Out (FIFO). YEAYYY!!!

Special Thanks to en.husband tercenta..  I LURVE U LA SAYANG..hehee..
p/s:gambar en.husband mencuci deep freezer tak leh publish..semuanya kena censored..auuuwww

Thursday, July 15, 2010

Jom Memanjakan Diri


location: home beauty salun, presint 11 putrajaya
any enquiry : do pm or email or sms adlina
business hour:
mon - fri : 830 pm - 12am
sat - sun : 9.30am - 12am
appointment basis
during promotion - RM10 for each treatment
complete face treatment & free eye spa treatnent

Carter's Romper - RM35 per pack




Cantik kan, romper2 kat atas tu? Gambar kat atas ni stok yang su ada sekarang & su juga nak bukak untuk pre-order. 1 pek ada 5 helai baju berlainan corak. Saiz yang ada adalah untuk 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan & 12 bulan. Ada set untuk baby boy & juga baby girl.. 

Ini contoh design yang ada. 

RUJUKAN SIZE:

3-6m (Weight: 5.7kg-7.5kg) (Length: 61-67cm)
6-12m (Weight 7.5kg-9.3kg) (Length: 67-72cm)
9-12m (Weight 9.3-11.1kg) (Length: 72-78cm)

* design yang available mungkin berbeza dari gambar bergantung kepada stok dari supplier 

PLACE YOUR ORDER NOW!!

Hari Ini Dalam Sejarah

Hehe..hari ni catat rekod. Sampai ofis tadi pukul 7, terus pi breakfast dulu. Punch kad tadi pukul 7.33. sedangkan time ofis su 8.30 - 5.30. Awal sejam tu.hihiii..

Hari ni BS aulia' ada check-up kat hospital..Biasalah orang dah berusia..Su & husband tak leh cuti sbb baru je cuti awal bulan hari tu..Mak su pun tak leh cuti, ada kursus.
Jadi mak mertua su amik cuti..Semalam kitorang tido kat umah mak mertua kat Setapak. Jadinya, hari ni su & husband  keluar dari rumah tadi pukul 6.15 sebab nak elakkan jem..
Hehe..biasanya 6.30 baru su bangun..tapi pagi ni 5.30 dah bangun.
kan bagus kalo hari-hari boleh bangun awal macam ni..

Tuesday, July 13, 2010

Nak pi kursus ni..cukup ke stok susu utk Aulia'??

ermm..camna nak kira yer?
ok, su akan berkursus selama lebih kurang 6 bulan (lebih kurang 186 hari)
Sekarang ni su bekalkan Aulia' 7 botol x 4oz  susu.
Balik rumah, aulia' direct bf lebih kurang 4 kali (xtermasuk sesi comfort sucking time dia tgh mamai2 tdo).
So satu hari aulia minum lebih kurang 11kali, 4 oz per session (lebih kurang je la..)
Satu hari = 11x4oz = 44oz
186 hari = 11x186 = 2046 botol, x 4oz = 8184oz!!
Maksudnya, su kena siapkan 2,046 botol susu berisi 4oz sebagai bekal aulia' selama su berkursus!!

Ok2..bawak bertenang..kita kira lebih detail yer..
su dijangka mula berkursus bulan Oktober. (katakan start 18 Oktober 2010) Hari ni dah 13 Julai 2010. Jadi, su ada lagi lebih kurang 3 bulan (95 hari) untuk kumpul stok.
Sekarang ni biasanya su dapat simpan 2 botol sehari. 2 x 95 = 190 botol.
huhu..su masih perlukan lagi 1856 botol!! (su MESTI cek berapa botol yang ada kat rumah sekarang ni!!)

Tapi, kena la ambil kira jugak sepanjang kursus tu nanti ada mingu yang su cuma ada kelas saja & masih ada masa utk pam & simpan.(tapi kenalah su mintak tolong dgn org kafe, tumpang freezer dia. ataupun 2/3 hari sekali, encik husband terchenta kenalah datang utk ambil stok susu tu..heheh)

Cabaran terbesar masa kursus tu nanti sebenarnya ialah mcm mana su nak maintain pumping session at least 8 times per day. Masa kelas mungkin tak susah sangat. Tapi masa modul luar la yang susahnya. Hmm..most of de time mungkin kena perah & buang je susu tu. Takpe,yang penting kena kosongkan jugak breast supaya production tak berhenti terus.

Wahai puan suhaili, sila rajinkan diri mengepam & simpan stok dari sekarang yer..

Monday, July 12, 2010

Support Group Meeting (SGM) at MOF

Jumaat lepas, satu Perjumpaan Kumpulan Sokongan (SGM) Penyusuan Susu Ibu telah berjaya diadakan di Kementerian Kewangan Malaysia, bertempat di taska khazanah pada waktu rehat tengahari. Actually su ni just tolong ajak kawan datang je. Kak Has order makan2, rafiza pulak jemput PCPA (Peer Councelor Program Administrator) yang bertindak sebagai moderator utk perjumpaan kali ni. Thanks to Hayatie dan Yusrina..

pics credit to www.yusrinahata.com

Memandangkan ini perjumpaan kali pertama, tiada topik khusus yang dibincangkan. Kami cuma berkongsi pengalaman & cabaran-cabaran yang dilalui dalam menyusukan anak. semuanya begitu bersemangat berkongsi cerita dan pengalaman sampaikan su terdiam, khusyuk mendengar cerita ibu-ibu ini..hehehh..
dari kiri : rafiza&kak has (peer councelor) dan hayatie (lactation councelor).
Pics credit to http://xclusivelyxpressing.blogspot.com

Bergambar beramai-ramai selepas sesi perkongsian ilmu :)
pics credit to http://xclusivelyxpressing.blogspot.com

Kamera su terlupa bawak.jadinya semua gambar dicilok dari blog orang.hihii.. InsyaAllah, lepas ni kami bercadang untuk meneruskan lagi perjumpaan seperti ini. Kalau dapat feedback yang baik, mungkin perjumpaan seperti ini boleh diadakan secara bulanan bagi membincangkan topik2 dan isu2 berkaitan breastfeeding.

Perjumpaan ini sebenarnya terbuka kepada semua golongan. Samaada ibu yang menyusukan @ tidak, yang bagi susu campur, yang tgh pregnant, semua boleh menyertai perjumpaan ini. Kalau ada yang berminat, bolelah tinggalkan komen yer.. (ada ke org MOF yang baca blog su ni?hihihi..)

Thursday, July 8, 2010

Sup Urat Keting at Bangi

Peringatan : ini adalah cerita yang sudah basi.hehehe..
 minggu lepas abang su bawak kami sekeluarga makan kat kedai sup urat keting, bangi.


makan satay..
sedaaaapp satay dia.
I LIKEEE

nyum nyum




 Bakal pengantin
yang tak senonoh.

OOII!!
Praktis makan kat
meja pengantin oii!!
bersopan ckit




Ala ala ala..
manjanya cik abang ni. :P


sup apa ntah..
sup urat keting kot..
sedap gak..
semua sup dia sedap2..


 Aulia' muncung
.Protes sebab tak dapat makan..
hihihi.. sabar ye sayang..
tak lama lagi boleh makan




Aulia' : inilah pak chaq saya.. :D















Abang Udin yang bermurah hati belanja kami sekeluarga..
Moga murah rezeki abang..


Overall, memang puas hati lah.. The satays are great, soup is delicious & even the service is ok. 
RECOMMENDED!!


Thursday, July 1, 2010

CD Baru Aulia' - QQ Baby Bamboo

yeehaaa...mummy beli CD baru lagi untuk aulia'..

CD QQ BABY BAMBOO- Orange Speckles & Blue Speckles

Su pun baru tahu pasal CD ni dari blog intan. Pastu su pun tanya supplier su, dan rupa-rupanya dia mmg ada supply CD ni.so terus je su beli 2..hihi..just beli utk nak try kat aulia' je..Baru dapat pagi ni. Belum pre-wash pun lagi..so tak boleh nak bagi review lagi..nanti dah try, su bagi review ok..

Anyway, CD ni sesuai jugak untuk newborn yang kecik sbb dia ada extra button kat pinggang. Ok, ni su copy paste info pasal CD ni dari website rasmi QQ Baby..

QQ Baby are proud to bring you our lovely bamboo cloth diaper for the eco-friendly parents. Our amazingly soft and beautiful one size cloth diaper with silky & super absorbent fabric is truely inresistible! Our bamboo baby cloth diapers are specially design and made with love to bring you the best for your baby.
For the usage, we suggest you to change your baby cloth diaper every 2-3 hours during the day for maximum comfort and rash prevention. You may adjust the time according to your baby's needs.
Pocket diapers are highly rated as one of the diapers for its convenience advantage, recommend for babysitter, grandparents and Dad to use.
QQ Baby Cloth Diaper can be used anytime - bedtime, naptime, or outings

【Brand】QQ Baby

【Level】First-class products

【Sizes】Folding (adjustable S, M, L 3 sizes)

【Suitable】3-15kg

【Package】QQ Baby Bamboo Diaper + 2 Bamboo Cotton Inserts (4 layers)

【Features】
QQ Baby Bamboo Diaper cover has a layer of bamboo fibers sewn to its waterproof cover. (50% bamboo, 50% polyester)
The inner bamboo fabric is made with 98% bamboo fiber and 2% polyester. The 2% polyester is used in the blend to make it more durable.
The outside fabric is made with 100% polyster of minky cloth ensures no messy. It plays a good waterproof role, and it is vert soft that makes baby comfortable.
· Unique design of 3x3 button snap, easy to adjust different size for any age of baby weight 3-15kg
· Special design of extra rows of snaps on snap closure diaper ensure a trim and increase adjustability.
· Come with super absorbent 4 layers Bamboo Cotton insert
· Soft Bamboo Fiber Inner to make baby feel good
· Waterproof of outer PUL to prevent leakage
· This product is a washable, adjustable, economic use of the baby green diapers Diaper

【Wash Instruction】
· Wash diapers prior to first use to remove residues left behind from fabric manufacture.
· If the diaper has been soiled, rinse into a bucket and then tip bucket contents down the toilet and flush.
· Do not use bleach or fabric softeners.
· Tumble dry on the warm weather.

【Special Features of Bamboo Cloth Diaper】
· Hypoallergenic, antimicrobial and anti-static
· Ultra soft and cozy for baby
· Naturally resists odor keeping your baby super fresh
· Breathable & temperature regulating so your baby keeps cool all day long
· Free of chlorine and formaldehyde
· Eco-friendly - from a pesticide free, sustainable and renewable resource
· Naturally UV Protection

Nanti su akan buat entry khas tentang CD ni..So siapa2 yang berminat, bolehla contact su yer.. :)
Harga cuma RM35..Harga yang termurah untuk  CD dengan inner & insert bamboo.

BUKU UNTUK MY LITTLE PWINCESS

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Baru-baru ni su beli buku untuk aulia'. Aulia' dah ada 3 buku cerita berbahasa Inggeris(su beli masa jualan kat ofis..murah je..3 buku untuk RM10..hehe), 1 cd Dora the explorer & 2 buku flash card kecik tu..(nombor & abc). Kali ni su beli buku belajar mengaji pulak untuk Aulia'. Ibu-ibu yang berminat, boleh beli di sini.



Dah lama su cari buku ni..tapi x jumpa.kat kedai buku mcm mph pun xde, kat kedai buku agama pun tak ada. Yang su jumpa kat online ni je la.. Nasib baik jumpa. Kebetulan pulak, tengah ada promosi jualan ulangtahun sekarang ni..Terus su beli 1 set..
So, buku dah beli..pelaburannya sudah dibuat..hihii..nak tengok ada untung @ tak, depend on su & hubby la skrg ni.. Harap2 kitorang boleh disiplin untuk ajar aulia'  start minggu ni jugak..
Aulia' sayang, jangan nakal2 yer waktu belajar..
Related Posts with Thumbnails