My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, June 15, 2010

Tag Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Tag ini dari blog Ayu. Su terbaca dari blog  ibudhani dan terasa berminat pulak nak share cerita penyusuan susu ibu Su. Jadi, jom kita jawab soalan-soalan di bawah ini..

  1. Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
    - bayi diberikan susu ibu sahaja, dari lahir sehingga berusia 6 bulan. Bermula usia 6 bulan, bayi boleh diperkenalkan dengan makanan tambahan, & pemberian susu ibu diteruskan sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. (jangan terkejut, ada ibu yg menyusukan anaknya secara ekskluif sehingga anak berusia dua tahun)
  2. Berapa lamakah anda menyusukan anak anda? 
    -Aulia' lahir pada 26 Januari 2010 dan su mula menyusukan dia sejak hari pertama dia dilahirkan. Hari ini 15 Jun 2010, jadi su dah menyusukan Aulia' selama 4 bulan 20 hari. (huhu..baru lagi..lama lagi nak sampai 2 tahun tu..harap2 su berjaya)
  3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
    -Aulia' lahir di Hospital Putrajaya. Ya, hospital ini adalah Hospital Rakan Bayi. Tapi pendapat peribadi su,  su tak puas hati! Sepatutnya staf hospital tu berikan bayi pada su untuk disusukan within 1 hour after delivery, tapi anak su hanya diletakkan di katil bayi sebelah katil su. Langsung tiada staf hospital yang datang untuk bagi aulia' kat su,& ajar su camne nak susukan aulia'. Su lahirkan aulia' pukul 2.30pm, lepas dah masuk wad (dlm pukul 5 lebih) baru su berpeluang untuk susukan Aulia'.
  4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
    - 1 jam pertama selepas dilahirkan, bayi sepatutnya diberikan pada ibunya untuk disusukan. Rooming in ialah di mana ibu & anak diletakkan di dalam bilik yang sama untuk memudahkan si ibu menysukan anaknya secara 'direct feeding'. Ini penting sebab di awal kelahiran, ada bayi yang tak pandai menghisap puting. jadi ibu perlu kerap 'offer' puting pada bayi, supaya bayi boleh belajar menghisap puitng & kedua-dua ibu & bayi boleh praktis cara pelekapan yang betul.
  5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
    -alhamdulillah, su tidak mengalami sebarang masalah besar pada 3 hari pertama tersebut. Susu su ada, cukup untuk aulia'. Masa aulia' jaundis & terpaksa ditahan di wad, su pam susu & bekalkan untuk dia setiap hari. Cuma masa minggu2 terawal tu su mengalami nipple crack di breast kiri. Sakitnya yang amat sangat membuatkan su fobia nak bagi aulia' bf dengan breast kiri tu, & akibatnya, susu su kat situ tersumbat. Sakit sangat2. Pam pun dapat sikit je sedangkan B memang dah bengkak sangat. Sampai su tuam dengan kobis & ice pack untuk kurangkan bengkak. Akhirnya, su gagahkan jugak bagi Aulia' hisap B kiri tu. Sakit sangat2, sampai husband & mak su dok urut2 belakang su, bahu su, bagi support kat su. Lepas aulia' hisap, baru la kurang bengkak. Untuk nipple crack tu pulak, su just sapukan susu su kat nipple, & biar dia kering sendiri. Alhamdulillah, memang berkesan.
  6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
    -nipple crack, susu tersumbat, BS yang tak pernah handle EBM, mak yang nak su ikut cara dia dulu2.. (bagi air masak kat baby). Selain tu, takde masalah rasanya. Alhamdulillah, husband, family & kawan2 su banyak menyokong su.. :)
  7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda ?
    Blog ibu2 menyusu, web susuibu.com, kawan-kawan kat ofis.
  8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
    - setiap hari su pam 2-3 kali di ofis. (sepatutnya 3 kali, tapi su selalu pam 2 kali je.hihi..jangan ikut macam su tau). Hasil perahan hari ni, su masukkan dalam botol untuk dibekalkan ke BS esoknya..Su selalu masukkan 4oz, 4 botol. Balance yang ada su frozenkan buat stok..Aulia' minum 6 botol kat umah BS, 4 botol dari perahan kat ofis, 1 frozen EBM & 1 botol lagi su akan perah sebelum hantar aulia'. (susu yang baru diperah boleh tahan 4 jam dalam suhu bilik).
  9. Kenapa anda menyusukan anak anda ? 
    - memang dah berniat nk susukan anak su sejak mengandung lagi. masa tu, langsung tak pernah pikir pasal nak beli susu apa untuk anak. memang su sentiasa cakap yang su nak menyusukan anak su. Sebab? - Allah suruh, su sayang anak su (bonding thru direct bf) su sayang duit hehehe..sebab paling utama, TAKDE SEBAB. Su buat sebab itu yang su nak dari dulu lagi.
  10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa ?
    -susah sikit sebab su masih tak pandai nak bf in public.hehe..aulia' mudah terganggu dengan bunyi2 bising kalau time tengah menyusu. Tapi tak la susah sangat sebab sebelum keluar, su akan perah susu dulu. bila aulia' nak susu, bagi je la susu tu thru botol..sonang yer..
    ---------------------------------------------------------------------
     Sekian sahaja jawapan dari su.. Semoga ada manfaatnya dari apa yang su kongsikan ini . Doakan semoga su berjaya menyusukan anak (anak-anak??) su sehingga 2 tahun yer..terima kasih..

8 comments:

ayu said...

su, tahniah...teruskan perjuangan su......komen ayu , utk menyusu di public su boleh guna nursing cover atau shawl atau ring sling utk cover ketika menyusu..kena praktis di rumah dahulu sblm memulakan penyusuan di luar..alhamdulillah, danial mmg suka kalau menyusu bila guna nursing cover..hehe..tp, panas skeet la kan.. klu tak, dia mmg mudah terganggu..lg2 la abgnya suka kacau..

mummy-aulia' said...

TQ ayu.erm..nnt su nk try guna shawl.anak su ni cepat berpeluh.su bf dia kat umah pn kdg2 bpeluh kepala dia..tu yg problem ckit tu.tp mmg dok ckp2 ngn husband, su nk blaja bf dia di public.hihi.. :)

Cery said...

teruskan usaha anda..chayokkk

Adlina Husaini said...

babe, memang aku tak pueh hati hosp putrajaya
claim rakan penyusuan bayi tapi dah nak keluar hosp baru kalut mai ajaq..last2 give up sebab aisy tak nak nyusu

bukan aku yg give up
depa yg give up!

mummy-aulia' said...

tq cery..
ina, tu la pasal weh.aku pn geram gak.bini shahir pun kena cam aku gak.bersalin pagi, ptg baru dapat baby.xpela ina..xde rezeki aisy.insyaAllah next baby hg cuba bg blh bf yer..i'll b there 4 u..insyaAllah

Adlina Husaini said...

weh aku tak upload 16 warna kesemuanya
sila pilih dan rembat =D

NURUL FARHANA EMRAN said...

i pon plan nk fully bf kat baby aqeel.tp cdey sgt coz hari pertama-ke3 susu xmau kuar.so tpaksa sgt2 bagi susu formula..lepas2 dh kuar,xmau sentuh dh tin susu formula tu.hehe..tp syg gak beli mahal2 wpon tin kecik.hehe..then nk tanya,kalau susu kita simpan dlm peti ais atas tahan berapa lama n kalau d bawah beapa lama ek?

mummy-aulia' said...

nurul farhana, tahniah atas kesungguhan awak.jgn pikir dah pasal susu tin tu.kalo blh buang@bg je kat org lain.hehe..extreme sgt x?huhuu..
susu kat freezer leh tahan 3 bulan.kalo kat bawah tu (letak kat rak paling atas) boleh tahan 3-4 hari.tp letak dalam ckit.jgn letak kat pintu sbb kat c2 suhu dia x stabil sbb kita selalu dok buka tutup peti ais tu..
mm..kalo x keberatan sy nk tny, cmne farhana tau susu xkeluar ye?picit nipple tp xde susu ek?

Related Posts with Thumbnails