My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, June 11, 2010

myMetro | Jual susu badan


Su terbaca kat metro tadi..Perihal seorang ibu muda dari London yang menjual susu badannya secara online disebabkan susu badannya yang terlalu banyak. Dia jual RM72.47 bagi 237ml (8oz lebih). Hehe..kelakar pulak rasanya.. Sebelum ni pun su ada dengar cerita orang buat keju guna susu badan & dipasarkan jugak. 
    Tapi bagi orang Islam, kita tak boleh sewenang-wenangnya menjual susu badan kita sebab ia melibatkan keturunan. Kalau seseorang bayi menyusu sehingga 5 kali kenyang dengan seorang wanita, maka anak tu dah jadi anak susuan wanita tersebut. Anak susuan ni kedudukan dia sama macam anak kandung dari segi hukum (aurat&munakahat setahu su.dari segi faraid su tak pasti). 
     Jadi untuk wanita Islam yang mengalami masalah over production macam ni, apa jalan penyelesaian yang kita boleh buat yer?nak jual tak boleh..campurkan dalam makanan untuk keluarga boleh tak agaknya yer??hihiii

1 comment:

Adlina Husaini said...

hehehe tingin nak bagi kat aisy tapi tak leh la pulak, satgi tak leh jadi besan

Related Posts with Thumbnails