My Online Friends. TQ for following me =)

Saturday, June 5, 2010

Mummy Sudah Buntu sayang

Assalamualaikum...semua anda semua dalam rahmat Allah

Sebenarnya su sekadar nak berkongsi rasa dengan pembaca blog su, ibu-ibu sekalian.  Sejak Aulia' 2 bulan sampai lah sekarang, kulit dia asyik ada masalah. Sampai su pun dah naik buntu, tak tau nak buat apa dah. Awal-awal hari tu leher dia jadi merah-merah macam melecet. Ayah mertua su letak bedak aiken, 2-3 hari dah baik..(mula2 su tak nak letak bedak sebab ramai yang kata tak elok, tapi nampaknya bedak tu ok dengan aulia'). lepas tu pipi dia naik merah-merah pulak. Mula-mula su sapu bepanthen, ok..tapi lama-lama dah tak berkesan. Pergi klinik, doktor bagi krim melomet. Sekali je sapu, dah ok..Lepas tu dia kena ruam lampin. (nappy rash) pulak. Mula-mula su letak bepanthen, tak berkesan. Pastu su sapu drapolene pulak, sama jugak..huhu..masa tu su dah susah hati sangat..dah macam2 su buat, tak baik2 jugak..letak bedak dah, sapu krim pun dah, tukar pakaikan CD pun dah. tapi tak baik2 jugak.. Klinik biasa dah pergi, pakar kanak-kanak pun dah.tapi tak baik-baik jugak.Akhirnya masa Su bawak aulia' cek-up kat hospital, nurse tu cadangkan letak melomet. Dia kata kalau dah merah teruk macam tu, drapolene pun dah tak boleh.kena letak ubat steroid. Huhu..Balik rumah, su letak melomet tu kat aulia'. Su sapu sikit2 je..alhamdulillah, sekali sapu je dah nampak kesan..lepas tu, nappy rash dia dah baik, tapi naik ruam susu pulak kat pipi dia. sampai merah pipi aulia' masa tu. sedih sangat tengok pipi dia dah tak gebu macam pipi baby lain. Su search tips & petua2 kat internet, terjumpa pasal minyak kelapa dara. Cepat-cepat su beli minyak tu. Alhamdulillah, nampak berkesan. Dah kurang merah kat pipi dia. Tapi masalah lain pulak jadi sekarang ni.. :((  Peha aulia' pulak naik bijik2..risau betul su..sebelum2 ni ruam dia semuanya setakat merah2 je, tak pernah lagi jadi berbiji-biji camni. Setakat ni su masih teruskan dengan minyak kelapa dara. Selain tu, su pun cuba pantang makan. su tak makan seafood, telur, belacan. Hari ni hari kedua peha dia jadi camtu..Su harap sangat minyak ni berkesan untuk aulia'. Kalau tak jugak, kena bawak jumpa pakar kulit la pulak agaknya. Sedih sangat bila aulia' jadi macam ni.. Su tertanya-tanya, apa yang tak kena sampai satu demi satu problem kulit aulia'..Su ke yang salah??susu su ke yang buatkan aulia' jadi camni??tapi su yakin, ciptaan Allah pastinya adalah yang terbaik..Ibu-ibu, kalau anda ada petua ang belum su cuba, sudi-sudikan lah berkongsi dengan su yer..terima kasih :-)

6 comments:

rafiza said...

su, cuba letak minyak zaitun bertolli..ambil yg tutup hijau, yg lain2 tu utk masakan rasanya..
kita pakaikan kt dua2 anak, alhamdulillah, kulit ok..on occassion je mcm habuk atau air kotor n peluh kuat je akan jd rashes..
tryla..kan su suka get back to the nature..

mummy-aulia' said...

rafiza, yup, memang sy suka get back to nature :) minyak zaitun pun sy dah cuba tau..awal2 lagi sy dah cuba.tapi nampaknya tak berkesan la..tapi tak pernah cuba yag bertolli.nnt saya try..sekarang ni saya nak cuba tukar semua toiletteries dia.nak pakai yg memang khas utk kulit sensitif..harap2 ok lah

rafiza said...

minyak zaitun yg elok adalah yg tanpa pewangi, kalau beli jenama safi, pureen, J&J tu semua ada pewangi..
bertolli ni mmg pekat..dr kecik arwah ajar pakai
anak2 sy mmg tak pakai sabun sampai habis pantang..kalau pakai sabun pun pakai pureen je, itupun kalau nak hilangkan kesan minyak...

mummy-aulia' said...

semalam balik umah, rupa2nya minyak zaitun yg sy dok guna tu memang brand bertolli.. ;) tapi tudung botol warna oren.selalu guna utk letak kt rambut dia je..masa awal2 dia naik ruam2 ni saya cuba gak letak minyak tu.tp x berapa berkesan sgt.sekarang sy guna minyak kelapa dara kat pipi & leher dia, alhamdulillah nampak dah kurang ruam tu :)

wannorashikin said...

Aulia,

Anak wan Najla pun ada masalah kulit tu.Ekzema. Dia tak boleh panas sangat.Mula naik merah-merah di leher, kepala dan bontot.

Cuba Sue try jumpa paed yg lain pula dan dr hospital lain. Dapatkan second opinion.

p/s: Macam Najla now, wan suka mandikan dia dgn susu wan, kebetulan ada susu yg expired, so wan buat mandikan dia. Alhamdulillah now macam kurang sikit. Tapi kena buat selalu untuk dapatkan kesan yg lebih baik.

mummy-aulia' said...

kak wan: sama la ngan anak su.tak leh panas ckit, habis merah leher dia. su ingat nak bawak dia jumpa skin specialist nnt. mm..su pn ada ebm bulan 2 yang belum guna (blm expired sbb su guna deep freezer).nnt su try buat macam akak buat tu

Related Posts with Thumbnails