My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, May 3, 2010

PENGENALAN, APA ITU CLOTH DIAPERS

Apa itu cloth diaper?
Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?
Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan comel bila dipakaikan dgn CD yang mempunyai pelbagai pilihan corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?
Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skrg ada juga CD jenis AIO di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Boleh terus pakaikan pada bayi, sama seperti lampin pakai buang anda.

Macam mana nak basuh?
Senang aje.. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus. Seeloknya, gunakan laundry bag untuk menjaga jahitan CD & sekaligus memanjangkan hayat CD anda!!
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.

No comments:

Related Posts with Thumbnails