My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, May 25, 2010

Masalah penyusuan - Susu kering/ kurang susu

Baru-baru ni kami sekeluarga (su, baba & aulia') pegi melawat kawan baba yang baru melahirkan sorang baby girl..baru 12 hari usia baby tu..(baru 12 hari, tapi mak nyer dah berjalan laju, pijak simen sejuk without stokin ..) su x ingat nama baby tu, tapi su panggil dia wina.. :)

Masa sembang2, kawan baba ni pun bagitau la yang susu dia ckit. Dia kata dah 12 hari ni baru la dapat pam setengah botol. Kalau tak, lagi sikit sampaikan dia bagi susu formula kat wina sebab takut wina lapar.. jadi di sini su nak kongsikan apa yang dah su kongsikan dengan dia  masa besembang2 tu.. Siapa-siapa yang menghadapi masalah yang sama, mungkin boleh cuba cara-cara ni..

1. azam dlm diri sendiri yang aku nak susukan anak aku. mind setting plg pentig
2. yakin yang susu kita memang cukup untuk anak kita. Be positive, jgn terlalu fikir perkara-perkara buruk yang boleh buatkan kita stress
3. gembirakan hati anda.. tgk baby yg comel tu.. mesti hati pun senang kan? :)
4. Kerapkan menyusu bayi anda secara terus (direct breastfeed). Kalau baby kuning/masuk wad/takde dengan anda, gantikan sesi penyusuan tu dengan mengepam.(saya syorkan pam kedua-dua breast serentak).
masa aulia' baru lahir, dia sangat kuat tidor sampaikan tak nak bangun nyusu. macam2 cara dah buat nak kejutkan dia, dia tidor jugak.letak ais kt pipi dia pun dia buat tak tau je..jadi su gantikan sesi penyusuan tu dengan mengepam)
5. Kerap mengosongkan breast anda (jangan tunggu breast dah penuh/bengkak baru nak pam yer..)
walaupun setiap kali pam dapat sikit je, jgn putus asa. insyaAllah lama kelamaan hasil susu anda akan bertambah)
6. Buat power pumping (yg ni su tak pernah buat. Tapi daripada pembacaan su kat blog ibu2 yang mengamalkan power pumping ni, memang ianya berkesan untuk menambahkan susu badan)
7. Makan makanan sihat yg menggembirakan anda & minum banyak air. (makanan yg membantu penghasilan susu ni banyak, & tak sama bagi setiap individu. Untuk badan su, air horlick, milo, air kosong, buah kurma, & oat adalah antara yang berkesan) saya sangat banyak minum air suam masa dalam pantang.mak bebel2, tp sy tetap minum juga..hihiiiii. Selain itu boleh juga try soya, halba dll.
8. Boleh juga mengamalkan pengambilan supplemen untuk membantu merangsang penghasilan susu. (contoh yang femes ialah shaklee..Boleh cek di sini)
9. last but not least, DOA. minta Allah mudahkan perjalanan kita utk menyusukan anak agar kita berjaya menyusukan dia sehingga 2 tahun.

Rasanya setakat ini, itu je kot yang boleh su kongsikan. Kalau ada sapa2 nak tambah, dipersilakan..
HAPPY BREASTFEEDING 

No comments:

Related Posts with Thumbnails