My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, May 31, 2010

Berita Harian Online | Kritikal selepas latihan ala komado

Berita Harian Online | Kritikal selepas latihan ala komado

KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.
Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.
Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

Abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.

“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.

Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.

“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.

“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.

Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).

“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.

“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar

Update status : Norhashimah disahkan meninggal dunia pada pagi ini, 31/5/2010. Semoga Allah merahmati allahyarham..

Hmm..sebagai seorang PTD yang pernah menjalani kursus tersebut, su memang percaya dengan apa yg abang ipar beliau dakwa. Memang sepanjang kursus tersebut, kami semua dilatih untuk menjadi kuat, mental & fizikal. Walaupun su cuma sempat menjalani latihan tersebut selama sebulan saja sebelum terpaksa direhatkan daripada kursus tersebut setelah disahkan mengandung, su juga sempat menjalani 1 modul luar iaitu modul polis. Cuma yang su agak terkejut, allahyarham mengalami jangkitan tersebut di  kem latihan PASKAU, yg merupakan modul baru untuk kursus PTD. HMM..risau pulak su nak pegi kursus tu nanti..Secara peribadi, su tak nampak apa perlunya latihan ala komando ni..cukuplah latihan asas ketenteraan yang memang dah termasuk sebagai salah satu modul luar kursus PTD. Apapun, ajal maut di tangan Tuhan. Semoga Allah merahmati rohnya..al-fatihah

2 comments:

AlongAzrina said...

mrsamon tu cik sue laaa ye hahahaha. Baru nak tanya pasal PTD tu...kesiankan...Cik Sue saper nama kawan cik Sue tu yang sama2 breastfeed, kalau dia nak tambah susu dia boleh cuba SHAKLEE. Kot le dia berminat. Stok EBM banyak tak bulan puasa ni hehehehehe. Jika ada probs...SHAKLEE akan membantu macam Wonder Pets hahahah...Wonder Pets Wonder Pets kami dah datang..apa yang penting kerjasama...

mummy-aulia' said...

rina, kawan saya tu yg makan sekali dgn kita hari tu..ingat x?dia tgh minum soya organik skrg ni.nnt sy tny kot2 dia nk try shaklee..production sy pn dh berkurang skrg ni.sbb virus M sudah mula menyerang.hihihiii

Related Posts with Thumbnails