My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, May 31, 2010

Berita Harian Online | Kritikal selepas latihan ala komado

Berita Harian Online | Kritikal selepas latihan ala komado

KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.
Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.
Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

Abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.

“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.

Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.

“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.

“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.

Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).

“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.

“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar

Update status : Norhashimah disahkan meninggal dunia pada pagi ini, 31/5/2010. Semoga Allah merahmati allahyarham..

Hmm..sebagai seorang PTD yang pernah menjalani kursus tersebut, su memang percaya dengan apa yg abang ipar beliau dakwa. Memang sepanjang kursus tersebut, kami semua dilatih untuk menjadi kuat, mental & fizikal. Walaupun su cuma sempat menjalani latihan tersebut selama sebulan saja sebelum terpaksa direhatkan daripada kursus tersebut setelah disahkan mengandung, su juga sempat menjalani 1 modul luar iaitu modul polis. Cuma yang su agak terkejut, allahyarham mengalami jangkitan tersebut di  kem latihan PASKAU, yg merupakan modul baru untuk kursus PTD. HMM..risau pulak su nak pegi kursus tu nanti..Secara peribadi, su tak nampak apa perlunya latihan ala komando ni..cukuplah latihan asas ketenteraan yang memang dah termasuk sebagai salah satu modul luar kursus PTD. Apapun, ajal maut di tangan Tuhan. Semoga Allah merahmati rohnya..al-fatihah

Wednesday, May 26, 2010

Sedih!! Rupa-rupanya Aku Gagal EXCLUSIVELY BREASTFEED Aulia' selama ni

Sedih, geram, kecewa sangat
Selama ni su bersusah payah mengepam
pegi mana-mana pun mesti angkut beg pam yang gedabak tu
kat ofis pam, tengah malam pun bangun pam jugak
just untuk pastikan su berjaya MENYUSUKAN AULIA' SECARA EKSLUSIF
Tapi hari ni, di kala usia Aulia' genap 4 bulan,
baru su dapat tahu yang rupa-rupanya 
pengasuh dia selalu bagi air masak kat dia!!!

OH!!!Sungguh sedih!!
Kalau susu yang su bagi tak cukup, kenapa tak bagitau??kenapa pandai-pandai bagi air masak kat dia??
su geram sangat!! su dah pesan kat dia, inform kalau susu tu tak cukup
SEDIH SANGAT..rupa-rupanya Aulia' tak dapat kebaikan susu su sepenuhnya selama ni..
Ralat sangat.. :-(

Tuesday, May 25, 2010

Cute Pink Babies Contest

Hihi...dah lama dok aim contest ni..tapi xsempat nak buat entry & upload gambaq..

Powered by BannerFans.com


Contest ni dianjurkan oleh ibuQisQas. Kalau nk join, klik je kat banner atas tu.. :)

ok, ini gambar yang dipertaruhkan.. Gambar ni diambil kat umah atok aulia'..umah atok ada aircond, so baba pun selimut aulia' dgn selimut pink dia tu..hihi..

nama anak : Irdina Aulia' binti Muhammad Fauzan
Umur: 4 bulan
tarikh Lahir : 26/01/2010

Pesanan untuk anak tersayang : Aulia', mummy & baba sayang sangat kat aulia'. Aulia' jadi anak yang baik yer..jadi anak sihat, yang bijak, yang menyejukkan mata & hati semua orang. Semoga Aulia' membesar menjadi seorang muslimah yang berjaya dunia & akhirat

Oh, tak lupa juga ucapan buat nak penganjur contest kita ni...

HAPPY BIRTHDAY DEAR SHARIFAH NAYLI QASRINA  :)

Masalah penyusuan - Susu kering/ kurang susu

Baru-baru ni kami sekeluarga (su, baba & aulia') pegi melawat kawan baba yang baru melahirkan sorang baby girl..baru 12 hari usia baby tu..(baru 12 hari, tapi mak nyer dah berjalan laju, pijak simen sejuk without stokin ..) su x ingat nama baby tu, tapi su panggil dia wina.. :)

Masa sembang2, kawan baba ni pun bagitau la yang susu dia ckit. Dia kata dah 12 hari ni baru la dapat pam setengah botol. Kalau tak, lagi sikit sampaikan dia bagi susu formula kat wina sebab takut wina lapar.. jadi di sini su nak kongsikan apa yang dah su kongsikan dengan dia  masa besembang2 tu.. Siapa-siapa yang menghadapi masalah yang sama, mungkin boleh cuba cara-cara ni..

1. azam dlm diri sendiri yang aku nak susukan anak aku. mind setting plg pentig
2. yakin yang susu kita memang cukup untuk anak kita. Be positive, jgn terlalu fikir perkara-perkara buruk yang boleh buatkan kita stress
3. gembirakan hati anda.. tgk baby yg comel tu.. mesti hati pun senang kan? :)
4. Kerapkan menyusu bayi anda secara terus (direct breastfeed). Kalau baby kuning/masuk wad/takde dengan anda, gantikan sesi penyusuan tu dengan mengepam.(saya syorkan pam kedua-dua breast serentak).
masa aulia' baru lahir, dia sangat kuat tidor sampaikan tak nak bangun nyusu. macam2 cara dah buat nak kejutkan dia, dia tidor jugak.letak ais kt pipi dia pun dia buat tak tau je..jadi su gantikan sesi penyusuan tu dengan mengepam)
5. Kerap mengosongkan breast anda (jangan tunggu breast dah penuh/bengkak baru nak pam yer..)
walaupun setiap kali pam dapat sikit je, jgn putus asa. insyaAllah lama kelamaan hasil susu anda akan bertambah)
6. Buat power pumping (yg ni su tak pernah buat. Tapi daripada pembacaan su kat blog ibu2 yang mengamalkan power pumping ni, memang ianya berkesan untuk menambahkan susu badan)
7. Makan makanan sihat yg menggembirakan anda & minum banyak air. (makanan yg membantu penghasilan susu ni banyak, & tak sama bagi setiap individu. Untuk badan su, air horlick, milo, air kosong, buah kurma, & oat adalah antara yang berkesan) saya sangat banyak minum air suam masa dalam pantang.mak bebel2, tp sy tetap minum juga..hihiiiii. Selain itu boleh juga try soya, halba dll.
8. Boleh juga mengamalkan pengambilan supplemen untuk membantu merangsang penghasilan susu. (contoh yang femes ialah shaklee..Boleh cek di sini)
9. last but not least, DOA. minta Allah mudahkan perjalanan kita utk menyusukan anak agar kita berjaya menyusukan dia sehingga 2 tahun.

Rasanya setakat ini, itu je kot yang boleh su kongsikan. Kalau ada sapa2 nak tambah, dipersilakan..
HAPPY BREASTFEEDING 

Monday, May 17, 2010

Pam susu, Keluar darah

Assalamualaikum semua..harap semua sehat hari ni.. :)
Sebenarnya, su nak cerita pengalaman @ masalah su menyusukan aulia'.
Semalam, masa su pam susu, su perasan ada darah keluar daripada breast kanan su. Nasib baik su terasa nak tengok. Biasanya su tak tengok pun masa mengepam..Dah jadi susu bandung dah susu su masa tu. Terkejut jugak masa tu sebab su tak ada rasa sakit pun. So su stop pam kejap, pergi buang susu yang bercampur darah tu (ada la dalam 3 oz). Pastu su sambung pam, alhamdulillah dah xde kluar darah dah. Su cek jugak nipple, kot-kot nipple su luka. Tapi takde pun..huhu..musykil gak kenapa boleh keluar darah. Melalui pembacaan ku melalui en.google, katanya sebab suction pam yang terlalu kuat. Tapi su memang dah lama guna setting suction yang sama. Ermm..harap-harap tak jadi lagi kes yang sama lepas ni.. Baba pun risau bila su cerita kat dia..(baba tengah kursus lagi kat melaka. Minggu ni minggu terakhir..yeayyyy!! xsabar nak tunggu baba balik..

Lagi satu problem, aulia' dah start nak refuse direct bf. Geram betul su. Kalau dia tengah nangis @ tengah bad mood, dia selalu tak nak direct nyusu dengan su. Nangis2 bila su masukkan puting dalam mulut dia. tapi bila bagi botol, elok je dia hisap. EEIII!! GERAM BETUL!! su takut dia dah nipple confuse..huhuu..sedangkan su guna botol MAM yang memang disarankan untuk elak nipple confusion nih. Sedih sangat2 la..Su suka bagi direct..Rasa bonding masa menyusukan tu..Su suka perasan menyusukan anak dengan susu su, direct dari breast su..damai je rasa.. 

Doakan semoga su tabah menghadapi cabaran2 dalam menyusukan anak su sehingga su berjaya menyusukan anak su sampai dia berusia 2 tahun yer..aminnn..

Thursday, May 13, 2010

2 hari di rumah

2 hari cuti ( EL smlm, cuti hari ni)
Bangun je pagi semalam, mata aulia' bengkak
muka dia merah2 esp. kat area mata tu
risau sangat
terus sms bos, mntk EL
pegi klinik,  dktor kata xde pape..cume alahan
kena make sure tempat tdo dia bersih,  sapu ubat
balik tu trs jemur tilam aulia'

hari ni pulak bawak aulia' gi hospital
dia ada appoinment hari ni
pegi pukul 9, alhamdulillah walaupun parking penuh, tapi su dapat parking at 1st round :)
mula2 aulia' kena x-ray
pastu baru jmpe doktor
alhamdulillah, doktor kata x-ray aulia' ok..
berat dia agak kurang, tp still ok (lahir 3.08, sekarang, 3 bulan stgh 5.45kg)
23/9/10 nnt aulia' kena dtghospital lagi..mummy harap sumernyer ok yer sayang.

hmm..sejak ada anak ni, dah berapa kali dah EL
last week dh el, mggu ni el lagi..
nasib baik xde keje yg pending kt ofis
aulia' xde sakit demam@batuk@selsema, tp kulit dia sensitif
mm.harap2 makn besar nnt, aulia' akan makin sehat :)

TERIMA KASIH KEPADA YANG MASIH SUDI MENJENGUK BLOG SU :)

Friday, May 7, 2010

Contest Dad's Special Moment



Hehe..ni percubaan pertama join contest..
Contest kali ni ditaja oleh MAZcollection.
Kalau anda berminat nak join, sila klik di sini

Ok..su ada beberapa gambar en.baba sedang melayan anaknyer..oleh sebab xtau nak pilih yg mana & penganjur pn x tetapkan limited to 1 picture only, su decide utk letak beberapa keping gambar..hahaha..gila kosa betol aku nih!

baba burpkan aulia' lepas menyusu







Aulia' tertido atas riba baba.. :)






Last last, baba pun tertido dengan aulia'..hehehee..




GOOD LUCK TO AULIA' & EN. BABA.. 


Thursday, May 6, 2010

Aulia' Dah pandai Meniarap :D

Heyo mummy..amik gambar aulia' yer??nak tengok gambar tu..








Yeay!! dah boleh pusing dah. Uuuu..jari ni sedap la..nak rehat jap la..isap jari..nyot nyot.. :P







sedapnyer isap jari..eh eh..tilam ni sedap jugak x mummy??








Hihi...tengokla gambar2 tu..Aulia' dah boleh meniarap sekarang ni..
tapi bila dia ada mood je la.. Time xde mood, setakat ngiring je dia nak..Nk boleh meniarap tu pun kena berusaha gigih.hehe..kelakar betul tengok dia.. Tapi yang x syoknya, meragam bukan main lagi dia..Mak su kata, dia meragam sebab nak dapat benda baru (meniarap tu laa)

Mummy x sabar2 nak tengok sayang merangkak, pastu berdiri, n berjalan. Mummy berdoa sangat semoga mummy dapat tengok semua tu sebelum mummy pergi kursus nantii..

Tuesday, May 4, 2010

QQ Baby & Sunny Baby Minky - RM33


sunny baby minky snap button 

sunny baby minky velcro

Contoh di atas adalah bagi jenama sunny baby. Bagaimanapun, QQ baby juga mempunyai ciri2 & design corak yang sama seperti sunny baby. Hanya berbeza pada insertnya sahaja..insert QQ baby tertulis QQ Baby, manakala insert sunny baby kosong, tanpa sebarang simbol/tulisan di atasnya. Insert QQ baby juga sangat gebu & menyerap seperti insert lunatots. (review from customer)

Kedua-dua jenama ini menggunakan inner dari fabrik suede. fabrik ini agak kesat berbanding fleece (spt inner coolababy & rainbow), tetapi kelebihannya ialah ia lebih senang dicuci & lebih cepat kering.. Selain itu, fabrik ini juga akan menjadi semakin lembut setelah dicuci berulang-ulang kali.

CD MINKY YANG TERMURAH DI PASARAN NAMUN TETAP BERKUALITI TINGGI
DAPATKANNYA SEKARANG!!


Check-up 3 bulan


 Update : hehe..saje nk buktikan kat readers semua yang aulia' ni memang dah boleh panggung kepala dia..tengokla gambar2 ni.. :)







Puan misi, awak tak cukup pandai menarik perhatian anak saya untuk tengok awak..sebab tu dia xmau angkat kepala dia masa tu.. hihi..






Semalam bawak Aulia' gi klinik..check-up 3 bulan

Yg peliknya, nurse tu timbang dia, 5.1kg. sedangkan baru minggu lepas pi timbang kat An-Nur, doktor tu kata 5.7kg. Hmm..xkan banyak sgt drop dlm masa seminggu. Aulia' pulak meragam2 kat klinik smlm..dia mengantuk. Nurse tu nk uji aulia' dah boleh angkat kepala @ blm. Dia baringkan aulia', pegang tgn aulia', tarik. Aulia' wat derk je..huhu..sedangkan dia mmg dah boleh angkat tengkuk dia tu..Pastu nurse tu bagi dia meniarap pulak. Nak tengok aulia' dah boleh panggung kepala x. Sekali lagi dia wat derk je..sibuk dok nak menjilat kain alas meja tu. haiyaaa... pastu ape lagi..membebel la nurse tu kat mummy aulia' ni.. Dia suruh su urut2 tengkuk aulia' hari2. "awak bkn ada anak lain..byk masa ada..urut la anak tu.jgn harap kat pengasuh je.pengasuh xdenye nak urut2 anak awak ni". hai yaaa..aulia' ni saje je nk bg mummy kne marah dgn nurse yer..

Tapi takpelah..mummy x risau sgt dgn perkembangan aulia'. Yang penting mummy tau aulia' sihat, aktif, ceria.. Cuma semalam aulia' xde mood nak main ngan nurse tu..kan sayang?? balik umah, maktok wat camtu ngan aulia', bkn main lg aulia' angkat bdn..kan?nak suh maktok dukung yer sayang...

Ops..ada 1 perkara yg merisaukan su..Sampai skrg rambut aulia' tak tumbuh2..dah mcm upin ipin dah..rambut byk kat tengah je..adoyaiiii.. Asal balik kampung je, mesti org cakap "laaa...tak tumbuh2 ke rambutnya". huhuuu

Monday, May 3, 2010

Cara Memakai Pocket Pant Cloth Diaper

Kiri : insert (untuk menyerap basahan) Kanan: Pocket Pant

Laraskan butang mengikut saiz anak anda (dalam contoh di atas, saiz S)
Masukkan insert ke dalam pocket pant. Pastikan insert rata, sampai ke hujung & tidak terjulur keluar.
Pakaikan pada anak anda. Butangkan mengikut saiz. Ini saiz S.
Saiz M

Saiz L

MUDAH SAJA KAN? KALAU NAK LEBIH MUDAH, ANDA BOLEH GUNA JENIS AIO DI MANA INSERT SUDAH DIJAHIT BERSEKALI DENGAN PANT. SO XPERLU MASUKKAN INSERT LAGI

PENGENALAN, APA ITU CLOTH DIAPERS

Apa itu cloth diaper?
Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?
Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan comel bila dipakaikan dgn CD yang mempunyai pelbagai pilihan corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?
Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skrg ada juga CD jenis AIO di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Boleh terus pakaikan pada bayi, sama seperti lampin pakai buang anda.

Macam mana nak basuh?
Senang aje.. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus. Seeloknya, gunakan laundry bag untuk menjaga jahitan CD & sekaligus memanjangkan hayat CD anda!!
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.

Saturday, May 1, 2010

Review TERUJA on Coolababy Charcoal Bamboo

Excited giler nih
tp masa xpanjang
just nak inform yg su dah try pakaikan coolababy charcoal bamboo kat aulia'
dari pukul 11 mlm dia pakai sampai 9 pagi..
hasilnya inner masih kering
bontot pun kering & lembut
macam tak kencing je..
bila tgk insert dia..mak aaiiiii...
SUDAH LENCUN!!

wahhaha..saya sudah jatuh centa sama ini COOLABABY DYEABLE BAMBOO CHARCOAL

*p/s : jgn buat camni kat anak anda tau.anak su ni sebab tido ngan atok, pastu dia plak x bangun2.jadi sampai ke pagi la dia tak tukar CD dia..su dah risau jugak.dahla dia mmg tgh ada rashes.nasib baik la ok je..alhamdulillah
Related Posts with Thumbnails