My Online Friends. TQ for following me =)

Monday, April 12, 2010

Kami Prihatin-Gerakan Kempen Cegah Pembuangan Bayi

HARAPAN TANPA SUARA(lagu tema kempen)

Di dalam kandungan ibuku sayang Amannya kurasakan Degupan jantungmu, jantungku Irama penuh syahdu Ku ingin rasai kehangatan pelukan Belaian kasih sayang Ku jaga kau di hari tuamu Andai panjang usiaku Korus: Namun hanya harapan tanpa suara Di dunia cuma seketika Jasad kaku dibaluti kertas usang Terbiar bagai sampah terbuang Di manakah ibu di manakah ayah Bonekakah atau manusia Anak tidak berdosa menjadi mangsa Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik: Habsah Hassan

Hri ini, su terbaca berita tentang pembuangan bayi lagi..kali ni, bayi tu dibuang dalam tong sampah. Hati su rasa tersiat-siat, sedih & marah sangat bila baca berita tu. Tak dapat su bayangkan perempuan jenis apa yang sanggup membunuh anak sendiri setelah penat mengandung & bertarung nyawa melahirkan anak tu. Takkan la tiada walau sekelumit perasaan kasih dan sayang pada anak tu. Takkan la langsung tiada rasa belas apabila dia melihat wajah anak kecil tu. Ya Allah...manusia apa la yang sekejam itu.

Kepada siapa2 yang membaca luahan hati su ni, su nak sangat ajak kita semua supaya semaikan perasaan sayang di hati kita. Anak-anak perempuan kita perlu diajar supaya tahu menjaga diri & batas-batas pergaulan. Anak-anak lelaki pula perlu diajar untuk menyayangi dan menghormati kaum wanita, tak kira siapa pun wanita tersebut. Dan kalau dah terlanjur, bertaubat. Jangan ditambah lagi dosa tu dengan membunuh!! Pergilah ke rumah-rumah perlindungan, cari orang yang sanggup membela anak kecil itu.
Su berdoa sangat2 semoga tidak akan ada lagi kejadian-kejadian seperti ini di negara kita.Aminnnnn..

No comments:

Related Posts with Thumbnails