My Online Friends. TQ for following me =)

Friday, April 9, 2010

Cloth Diaper

Hari ni su nak cerita @ kongsi pengalaman dengan all mommies tentang pemakaian cloth diaper (CD) aka lampin kain moden. Rasanya cloth diaper dah jadi trend sekarang ni di kalangan ibu2 modern. Su sendiri baru mula memakaikan aulia' dengan cloth diaper dalam 2-3 minggu lepas. Tapi belum fully lagi sebab CD yang su ada masih tak mencukupi..baru ada 6 CD dengan 12 insert (lapisan dalam CD). Sebenarnya 6 CD dengan 12 insert ni dah mencukupi untuk aulia' pakai hari-hari, tapi bila hari yang su malas sangat penat dan sibuk menguruskan rumah tangga konon-kononya maka terbiarlah CD kotor aulia' tidak berbasuh.. itu yang menyebabkan su terpaksa top up jugak dengan disposable diaper (DD).

Su mula terfikir untuk menggunakan CD bila su kira2 penggunaan DD Aulia' yg sgt byk..huhuu..74 keping, tahan untuk 2 minggu je. Dan yang membuatkan su bertekad nak pakaikan aulia' dengan CD ialah sebab kulit Aulia' yang sensitif. Selalu sgt merah2 kat bontot dia..syian anak mummy..sekarang ni, lepas dh pakai Cd, alhamdulillah dah kurang merah2 dia (tapi masih merah kadang2 sebab masih pakai DD jugak). Buat masa sekarang, su cuma beli jenama coolababy (yg plg murah.. saya memang sgt suka penjimatan ini..keh keh keh) Tapi insyaAllah, su dalam perancangan untuk tambah lagi CD & bercadang nak cuba jenama lain. (ada banyak jenama CD di pasaran, antaranya lunatots, wuddah, babyland, etc etc).

Ok..cerita sikit cara su menghandle CD ni yer..su buat secara point supaya senang faham ok murid-murid
  • setiap pagi sebelum hantar aulia' ke rumah pengasuh (BS) su akan tukarkan CD aulia' yang dah dipakai semalaman ( 1 CD with 2 insert boleh tahan semalaman tau).
  • Then, su akan masukkan 3 set CD dalam beg aulia' untuk dibawa ke rumah BS. 3 set ni maksudnya su dah masukkan siap2 insert tu ke dalam CD, dan su jugak dah setkan siap2 butang2 CD tu ikut size yang sesuai utk anak su. (uish..ada org garu kepala nampaknya.. untuk info, su pakaikan aulia' dengan Cd yg boleh diajdust saiznya.) jangan lupa sertakan sekali 1 plastik utk BS letakka CD kotor ye kawan2..
  • ok..pastu su bgtau BS, tukarkan diaper Aulia' selang 2/3 jam or everytime dia poo-poo. meaning pukul 10,pukul 1 & pukul 3. CD kotor, masukkan saja ke dalam plastik yang su sediakan tadi.
  • jadi, su akan bawak balik 3 CD kotor setiap hari. dalam pukul 6, su akan tukarkan diaper aulia' lagi.
  • tiba ke part yg tak berapa best. sebelum mandi, su akan bilas (buang stool&air kencing) CD yang aulia' dah pakai untuk hari tu.style su, su suka bilas & rendam sekejap dengan sabun (pakai sabun yg xde softener & peluntur yer..). lepas solat maghrib baru lah su basuh (su basuh dengan tangan je) & spin guna mesin basuh. kemudian sidailah CD & insert ni di bawah kipas, supaya cepat kering untuk digunakan esok hari pulak..

Yer..begitulah caranya su menguruskan CD Aulia'. Disebabkan cuma ada 6 CD saja, su terpaksa basuh CD kotor hari2.(hmm...kadang2 datang jugak penyakit M ku itu). tapi su gembira sebab dapat membantu cik abang ku yg comel itu berjimat, dapat menjaga bontot kulit aulia' daripada rashes, & dapat menjaga alam sekitar kita..GO GREEN!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails