My Online Friends. TQ for following me =)

Thursday, April 29, 2010

LATEST!! Coolababy Dyeable Bamboo Charcoal


COOLABABY DYEABLE BAMBOO CHARCOAL!
"Releases Far Infrared Ray"
Bamboo charcoal fiber releases for infrared ray which can improve blood circulation and keep the body warm. it helps health care ~

"Moisture Absorbing and Quickly Drying"
The cross-section fiber can absorb sweat and release it quickly to keep the skin dry and comfortable.

COOLABABY DYEABLE BAMBOO CHARCOAL!

Bahagian inner yang sangat lembut, berwarna kelabu. Mempunyai butang tambahan pada bahagian wing, sesuai untuk laras pinggang bayi yang kecil (sesuai untuk newborn)

Bahagian luar daripada fabrik PUL yang kalis air. Perhatikan warna butangnya yang seakan sama dengan warna PUL.

Terdapat 13 pilihan warna seperti gambar di atas (sama dengan coolababy pocket button)


HARGA JUALAN : RM39 RM35 BESERTA 2 INSERT

Hubungi Su untuk membuat tempahan/pertanyaan anda.
emel : suhaili_mz@yahoo.com


sedikit info tentang fungsi arang buluh :


Relaxation Effect -- Releases negative ions to balance positive ones emitted from modern electronics in the home. Balancing out the ions in your living environment relieves tension, stress, anxiety and helps you feel relaxed and refreshed.

Deodorization -- Bamboo charcoal can absorb the odors from all over the house, and can even prevent the growth of harmful bacteria.

Hair and Skin Care -- By placing bamboo charcoal in an inner layer lay of pillows and bedding, it can help regulate the humidity in your bed and absorb sweat and other chemicals your body emits normally during rest.

Far-Infrared Ray Effect -- Bamboo charcoal emits far-infrared rays. Often called the rays of life, they can warm up your body temperature to promote blood circulation, speed up the metabolism and encourage cell growth.

Antibacterial and Anti-poison Effect -- Charcoal has been used for medicinal purposes for many centuries. Records indicate that charcoal was used to adsorb toxic, harmful and poisonous substances.


Jangan berlengah lagi!! dapatkan COOLABABY DYEABLE BAMBOO CHARCOAL ini untuk anak anda yang tersayang.
Pelbagai kelebihan & manfaat pada harga yang mampu anda miliki






Tuesday, April 27, 2010

Pilihan Warna Cloth Diaper




Perbezaan saiz antara Rainbow (hijau) & coolababy (biru)








Coolababy Velcro (tape)











Coolababy All-in-one (insert dijahit di dalam cover)










Coolababy Button








Rainbow






ALL AT 1 PRICE !! ONLY RM28 WITH 2 INSERTS


Cara Pembelian :

1. Pilih Jenama, Jenis & Warna yang anda berkenan
2. SMS @ emelkan ke suhaili_mz at yahoo.com & tunggu reply dari saya
3. Buat bayaran ke akaun maybank yang saya sertakan dalam emel. Jangan lupa masukkan emel saya dalam ruangan emel penerima sewaktu membuat transaksi maybank2u.
4. Emelkan bukti pembayaran kepada saya beserta nama, no.fon & alamat anda.

Cloth Diaper sale @ MOF, Putrajaya (Today Only)

Dear readers,

hari ni ada garage sale kat Aras 2, Perbendaharaan Malaysia (sebelah kafe)
su ada letak CD anak su as sampel (kawan su yg tlg promo kan)
so sape2 yang nak tengok, bolehla singgah ke sana.
insyaAllah tengahari nnt su pun akan ada kat booth tu jugak
BTW, su bagi BEST PRICE hari ni..
RM25 untuk 10 orang (read:ORANG yer, bukan unit)terawal membuat tempahan
&
RM28 utk sapa2 yang order hari ni..
GRAB THIS OFFER OK!!

*harga biasa RM30
*harga utk 1 cd + 2 insert

Monday, April 26, 2010

Nappy rash on my daughter

hmm...bom bom aulia' kena nappy rash yg sgt teruk. Su perasan since petang hari khamis lepas. sedih sgt tgk bom bom dia..tapi dia xmenangis pun..meragam pun tak. su yang tengok ni yang rasa nk nangis..Kesian kat dia..
 tido malam su bukak diaper dia..biar je bom bom dia tu bogel..bg kena angin skit. 
Hmm.tak tau lah nk salahkan sapa. & in fact, nak cari salah org pun tak guna. Tapi su dah pesan kat BS aulia', tolong tukar diaper aulia' selang 3/4 jam. Sebab su perasan BS dia  selalu x tukar diaper dia. su bekalkan 2/3 diaper, tp dia pakai 1 je..maybe sebab aulia' tak pee pee & tak poo poo kot.
Anak baru kena rashes pun kita dah sedih sangat kan..entah camna lah perasaan org yang anak keciknya dok ulang alik masuk spital je..Ya Allah, jauhkanlah anak-anak kami daripada sebarang penyakit & kesakitan.. peliharalah mereka & berikanlah mereka kesihatan yang baik ya Allah..amin..

Friday, April 23, 2010

Meh Beli Cloth Diaper Meh..{^O^}

Assalamualaikum & Selamat Tengahari semua....

Ok..mulai hari ini, su dengan rasminya bergelar PENJUAL CLOTH DIAPER..ekekek..
buat permulaan ni su cume jual CD coolababy sahaja..
akan datang insyaAllah su akan tambah lagi dengan brand-brand lain.
Jadi kepada ibu-ibu atau bapa-bapa yang berminat, bolehla tinggalkan komen @ emel su ye..
insyaAllah harga yg su tawarkan berpatutan & boleh dirunding..nanti su akan buat entry utk setiap jenis CD yang su jual..
nantikan yer..

Utusan Malaysia - Bayi susu ibu IQ tinggi

SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.
Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.
Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.
Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.
"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.
"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.
Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.
"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.
Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.
"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.
"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal
"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.
Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.
"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.
Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.
"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.
"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya.

Just want to share with all mothers/mothers-to-be out there.

Thursday, April 22, 2010

Term-term berkaitan breastfeeding

Oleh kerana pembaca blog su ni ramai jua yg dr kalangan org bujang @ belom ada anak, so su nak share ckit dengan anda semua, istilah-istilah & singkatan-singkatan yang sering digunakan apabila kita berbincang tentang breastfeeding (BF).
  • BM@SI - breast milk @ susu ibu
  • Expressed breast milk (EBM)-susu yang dah dipam/diperah, dan disimpan samaada dlm fridge(blh bertahan 48jam)@dibekukan dlm freezer(blh bertahan 3 bulan)
  • BP-breast pump
  • kolostrum - susu awal ibu yg akan keluar pada hari-hari pertama selepas melahirkan baby.biasanya berwarna kuning keemasan & sgt kaya dengan antibodi utk melindungi baby drpd bakteria & virus
  • foremilk/susu awal - susu yg keluar di awal2 penyusuan. mengandungi kurang lemak & lebih air urk menghilangkan haus bayi.
  • hindmilk/susu akhir - susu yang keluar di akhir2 penyusuan.mengandungi lebih lemak utk memberi tenaga kepada bayi.
  • engorgement - keadaan di mana payudara terasa mengeras (susu penuh) yang boleh menyebabkan ibu terasa tidak selesa. - ibu2 kena cepat2 pam & kosongkan breast yer..
  • latch/pelekapan - cara baby @posisi mulut bayi sewaktu menghisap Breast - proper latching penting utk memastikan bayi selesa & juga utk mengelakkan nipple ibu luka (nipple crack)
  • let-down reflex (LR) - mm..yg ni sy xpandai nk terangkan.reflex yg menyebabkan susu mengalir keluar.ada ibu yg blh rasa reflex ni, & ada yg tidak.kadang2 dengan hanya mengingati baby pun boleh menyebabkab LR berlaku. (sy slalu rasa LR ni masa baby tgh menyusu. LR sy plak biasanya strong.smpai terpancut susu..mengalir je..so sy mmg kene prepare towel sebelum nk nyusukan baby..hehehe)
  • Exclusive breastfeeding - baby hanya diberi minum susu ibu sahaja (kalau campur-campur dgn susu formula @ air, tak dikira sbg exclusive breastfeeding yer..)
  • tandem nursing - menyusukan 2 org anak serentak
Ermm..setakat yang su boleh terpikir sekarang ni, ini lah saje..kalau ada tambahan, su akan update dlm entry ni.. su masa mula2 join discussion pasal breastfeeding ni pun mmg blur je..heheh..sekarang alhamdulillah, dah faham ckit2..harap entry ni dapat membantu bakal2 ibu..

Tuesday, April 20, 2010

MY EBM STOCK



Inilah stok EBM su as at 19 April 2010
Stok ni since bulan 2..stok bln 1 su terpaksa buang

Ini pun lepas ditolak 18pek frozen EBM yg su bg kat anak susuan su..
Stok su langsung tak tersusun sebab buat masa skrg ni su duduk umah mak, freezer ni plak kat umah su..so selang 2@3 hari, su datang simpan frozen EBM kat umah..memang main letak je sbb nak cepat.Entah bila lah nak susun supaya senang nak apply FIFO. Tambah lagi sekarang ni su mmg tak bagi aulia' frozen EBM dah sbb setiap hari fresh EBM su mmg cukup utk buat bekal aulia' kat umah BS dia.

Tengok gambar tu..stok su dah penuh freezer dah.. hmmm..camna nak kurangkan stok yg ada yer..alhamdulillah..murah rezeki aulia'. su xnak merungut dah..su perlu buat stok banyak2 supaya bila su kena pergi kursus selama 6 bulan nnt, stok EBM su mencukupi utk Aulia'. Harap2 semua EBM su ni masih dalam keadaan baik..

So kpd sumer mommies yg breatfeed anak, rajin2la pam yer..kalau tak dapat banyak pun takpe..yang penting, susu yang ada mencukupi utk anak kita..insyaAllah..kita semua akan berjaya menyusukan anak kita secara eksklusif..

Monday, April 19, 2010

Anak susuanku - Muhammad Hirzi Darwisy



Selamat pagi semua..14/4/2010 yang lalu, biras su dah selamat melahirkan seorang baby lelaki yg diberi nama Muhammad Hirzi Darwisy. Darwisy lahir @ 36weeks of pregnancy. Biras su terpaksa dibedah awal sebab darah tinggi dan baby kecik. Masa lahir, darwisy cuma seberat 1.7kg je..kecik kan?tapi alhamdulillah, darwisy sehat & tak perlu duduk dlm incubator.cuma dia masih ditahan di wad sehingga berat dia cukup 1.8kg.

Jumaat lepas keje su pegi melawat biras su kat umah mak mertua su. masa tu dah hari ke3 dia melahirkan, tapi susu dia masih belum keluar. Su suruh dia cuba pam guna spectra 3 su tp masih jugak tak keluar susu. Kesian dia..su boleh rasakan kekecewaan dia masa dia bercerita macam mana anak dia hisap puting dia, tp susu x keluar. Su trgkan dekat dia, mungkin susu dia lambat ada sbb darwisy x duduk dengan dia..darwisy kena tahan wad. so darwisy tak dapat hisap susu and hence, takde stimulation kat breast (B). sbb tu, w/pun baby xde, kita tetap kena pam utk stimulate kan B kita.

Sabtu, sepanjang hari su pujuk biras su utk pam susu. tapi dia diam je.su faham, dia dah almost give up. tapi su xnak give up utk pujuk dia.malam tu, su tinggalkan spectra 3 su kat dia. su pesan kat dia, pam la dlm pukul 3-4 nnt. insyaAllah masa tu biasanya ada susu..(su mmg biasa pam pukul 4 pg.so utk mlm tu, su perah susu guna tgn je..hehehe..dapat jugak lebih kurang 8oz.) Esoknya (ahad) masa su nak simpan susu dlm fridge, su nampak ada botol susu yg berisi susu dlm tu.. :D alhamdulillah, biras su dah pam & nampaknya susu awal (kolostrum) dia dah mula keluar. Hari tu jugak abg ipar su terus pegi beli spectra 3..amik complete pakej yg sebijik mcm su punya.. (",).mula2 dia pun was-was nak belanja besar utk beli pam tu..tapi bila tgk wife dia dah mula dapat keluarkan susu guna pam su, terus dia setuju nak beli..

Dan disebabkan insiden ni jugak, alhamdulillah, su dah menjadi ibu susuan kepada darwisy.. :) hasil pengepaman utk hari sabtu & ahad, semuanya su tinggalkan utk darwisy. rasanya ada lebih kurang 40oz kot..Semoga berat darwisy bertambah dengan cepat hasil minum susu badan (yg kaya dengan antiviral & mengandungi fat). & semoga biras su berjaya menyusukan darwisy.

Wednesday, April 14, 2010

Al-kisah susu yang terlebih sudaaa

Huhu..since delivered aulia' on 26th Januari 2010, i only give her breast milk. Alhamdulillah, untill now my milk is still sufficient enough for her. In fact, if other mommies are worried because of the low-supply milk, me on the other hand is worry because of the over-supply. I even have to buy a deep freezer just to keep my breast milk. Imagine, aulia' is not even 3 months old yet, but my deep freezer & freezer are already full with my breast milk.

And my poblem skrg ni, dah tak tau mana nk simpan EBM(expressed breast milk) yg dah berlambak tu. In fact, su terpaksa buang stok bulan 1 sbb dah xde ruang dlm DF tu.. :( su pun dah jadi malas nak pam sekarang ni sbb dok pikir apa nak buat dengan EBM yang dah ada tu. Sekali pam su boleh dapat more than 10 oz. (double pumping). Kalau su pam mcm mana yg disyorkan which is 3 x kat ofis, su boleh dapat 30 oz. Itu tak termasuk lagi dengan hasil pam kat rumah pulak.. Oh..if only i could sell my milk..hahahah.. Sedangkan aulia' cuma minum 15 oz je kat rumah pengasuh dia..Susu su masih banyak, jadi seboleh mungkin su bekalkan aulia' dengan fresh EBM everyday. Tapi kalau mcm tu, tak terguna la stok2 EBM su..kang terpaksa buang gitu je bila dah expired..sayangnyerrrrr :( Ada tak sapa-sapa yang ada idea camna caranya supaya stok EBM yang lama-lama ni boleh digunakan & tak terbuang camtu je? Kalau ada, sudi2la share dengan su yer...

Monday, April 12, 2010

Kami Prihatin-Gerakan Kempen Cegah Pembuangan Bayi

HARAPAN TANPA SUARA(lagu tema kempen)

Di dalam kandungan ibuku sayang Amannya kurasakan Degupan jantungmu, jantungku Irama penuh syahdu Ku ingin rasai kehangatan pelukan Belaian kasih sayang Ku jaga kau di hari tuamu Andai panjang usiaku Korus: Namun hanya harapan tanpa suara Di dunia cuma seketika Jasad kaku dibaluti kertas usang Terbiar bagai sampah terbuang Di manakah ibu di manakah ayah Bonekakah atau manusia Anak tidak berdosa menjadi mangsa Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik: Habsah Hassan

Hri ini, su terbaca berita tentang pembuangan bayi lagi..kali ni, bayi tu dibuang dalam tong sampah. Hati su rasa tersiat-siat, sedih & marah sangat bila baca berita tu. Tak dapat su bayangkan perempuan jenis apa yang sanggup membunuh anak sendiri setelah penat mengandung & bertarung nyawa melahirkan anak tu. Takkan la tiada walau sekelumit perasaan kasih dan sayang pada anak tu. Takkan la langsung tiada rasa belas apabila dia melihat wajah anak kecil tu. Ya Allah...manusia apa la yang sekejam itu.

Kepada siapa2 yang membaca luahan hati su ni, su nak sangat ajak kita semua supaya semaikan perasaan sayang di hati kita. Anak-anak perempuan kita perlu diajar supaya tahu menjaga diri & batas-batas pergaulan. Anak-anak lelaki pula perlu diajar untuk menyayangi dan menghormati kaum wanita, tak kira siapa pun wanita tersebut. Dan kalau dah terlanjur, bertaubat. Jangan ditambah lagi dosa tu dengan membunuh!! Pergilah ke rumah-rumah perlindungan, cari orang yang sanggup membela anak kecil itu.
Su berdoa sangat2 semoga tidak akan ada lagi kejadian-kejadian seperti ini di negara kita.Aminnnnn..

Friday, April 9, 2010

Cloth Diaper

Hari ni su nak cerita @ kongsi pengalaman dengan all mommies tentang pemakaian cloth diaper (CD) aka lampin kain moden. Rasanya cloth diaper dah jadi trend sekarang ni di kalangan ibu2 modern. Su sendiri baru mula memakaikan aulia' dengan cloth diaper dalam 2-3 minggu lepas. Tapi belum fully lagi sebab CD yang su ada masih tak mencukupi..baru ada 6 CD dengan 12 insert (lapisan dalam CD). Sebenarnya 6 CD dengan 12 insert ni dah mencukupi untuk aulia' pakai hari-hari, tapi bila hari yang su malas sangat penat dan sibuk menguruskan rumah tangga konon-kononya maka terbiarlah CD kotor aulia' tidak berbasuh.. itu yang menyebabkan su terpaksa top up jugak dengan disposable diaper (DD).

Su mula terfikir untuk menggunakan CD bila su kira2 penggunaan DD Aulia' yg sgt byk..huhuu..74 keping, tahan untuk 2 minggu je. Dan yang membuatkan su bertekad nak pakaikan aulia' dengan CD ialah sebab kulit Aulia' yang sensitif. Selalu sgt merah2 kat bontot dia..syian anak mummy..sekarang ni, lepas dh pakai Cd, alhamdulillah dah kurang merah2 dia (tapi masih merah kadang2 sebab masih pakai DD jugak). Buat masa sekarang, su cuma beli jenama coolababy (yg plg murah.. saya memang sgt suka penjimatan ini..keh keh keh) Tapi insyaAllah, su dalam perancangan untuk tambah lagi CD & bercadang nak cuba jenama lain. (ada banyak jenama CD di pasaran, antaranya lunatots, wuddah, babyland, etc etc).

Ok..cerita sikit cara su menghandle CD ni yer..su buat secara point supaya senang faham ok murid-murid
  • setiap pagi sebelum hantar aulia' ke rumah pengasuh (BS) su akan tukarkan CD aulia' yang dah dipakai semalaman ( 1 CD with 2 insert boleh tahan semalaman tau).
  • Then, su akan masukkan 3 set CD dalam beg aulia' untuk dibawa ke rumah BS. 3 set ni maksudnya su dah masukkan siap2 insert tu ke dalam CD, dan su jugak dah setkan siap2 butang2 CD tu ikut size yang sesuai utk anak su. (uish..ada org garu kepala nampaknya.. untuk info, su pakaikan aulia' dengan Cd yg boleh diajdust saiznya.) jangan lupa sertakan sekali 1 plastik utk BS letakka CD kotor ye kawan2..
  • ok..pastu su bgtau BS, tukarkan diaper Aulia' selang 2/3 jam or everytime dia poo-poo. meaning pukul 10,pukul 1 & pukul 3. CD kotor, masukkan saja ke dalam plastik yang su sediakan tadi.
  • jadi, su akan bawak balik 3 CD kotor setiap hari. dalam pukul 6, su akan tukarkan diaper aulia' lagi.
  • tiba ke part yg tak berapa best. sebelum mandi, su akan bilas (buang stool&air kencing) CD yang aulia' dah pakai untuk hari tu.style su, su suka bilas & rendam sekejap dengan sabun (pakai sabun yg xde softener & peluntur yer..). lepas solat maghrib baru lah su basuh (su basuh dengan tangan je) & spin guna mesin basuh. kemudian sidailah CD & insert ni di bawah kipas, supaya cepat kering untuk digunakan esok hari pulak..

Yer..begitulah caranya su menguruskan CD Aulia'. Disebabkan cuma ada 6 CD saja, su terpaksa basuh CD kotor hari2.(hmm...kadang2 datang jugak penyakit M ku itu). tapi su gembira sebab dapat membantu cik abang ku yg comel itu berjimat, dapat menjaga bontot kulit aulia' daripada rashes, & dapat menjaga alam sekitar kita..GO GREEN!!

Friday, April 2, 2010

Sejak Sarung Tangannya Tidak Lagi Dipakaikan..

Sejak Sue dah tak pakaikan sarung tangan dia kat anak su tu, dia dah pandai hisap jari. Hisap bukan sikit2 pulak tu..habis dia masukkan tangan dia dalam mulut..Ingatkan dia lapar, tapi macam pelik jugak sebab sebelum tu sue baru je susukan dia.. Orang tua-tua kata kalau budak tu hisap jari, maksudnya dia budak baik..Walaupun su macam tak nampak je apa kaitan hisap jari dengan jadi budak baik, su doakan mudah-mudahan betul lah apa yang dikatakan tu.. Mudah-mudahan Aulia' membesar menjadi seorang budak perempuan, gadis dan wanita yang baik.. :)

Oh ya, hari ni baba Aulia' balik..(dia tengah kursus 2 bulan kat Melaka sekarang ni)..Mummy and Baby AUlia' tak sabar-sabar nak jumpa baba..drive safely ye baba..
Related Posts with Thumbnails