My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, March 31, 2010

Breastfeeding

Hari ni Su banyak masa terluang..tak banyak kerja kat ofis. Jadi su ambil kesempatan ni untuk buat new post kat blog ni. Kebetulan pula, topik perbincangan masa lunch tadi ialah mengenai penyusuan susu badan (breastfeed). kawan su tu mengadu yang susu dia dah semakin berkurang. baby dia skang dah 7 bulan. Macam-macam dah dia makan untuk + pengeluaran susu, tp masih x berhasil.

Bagi su sendiri, setakat hari ni alhamdulillah, su masih mampu menyusukan aulia' sepenuhnya dengan susu badan sahaja. Hasil pengepaman su di ofis setiap hari pun masih baik. tapi su ni malas. Patutnya kita kena kosongkan payudara setiap kali pam, supaya payudara kita boleh menghasilkan susu baru. Tapi su pam setakat memenuhkan botol je. bila botol dah penuh, su stop. so sekali pam dapatla dalam 10-12 oz (6oz x 2 botol). Then susu tu su simpan dalam plastic liner yg khas utk simpan stok susu badan. Setiap plastik su isi 3/4oz (sama byk dengan berapa oz baby consume each feeding).

Sebenarnya banyak kelebihan menyusukan anak dengan susu badan. Satu kelebihan susu badan yang tak ada pada mana-mana susu formula pun ialah ANTIBODI. HANYA SUSU IBU SAHAJA YANG ADA ANTIBODI untuk melawan jangkitan kuman. Sebab tu, anak yang breastfeed sepenuhnya biasanya lebih sihat dan jarang sakit. Selain tu, breastfeeding juga boleh mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Sebab tu digalakkan kita bacakan doa, surah2 pendek dan bercakap2 dengan baby sambil breastfeed dia.. :) Mudah-mudahan su berjaya menyusukan aulia' sepenuhnya sampai 2 tahun, or at least sampai 6 bulan..aminnnn

p/s : untuk kawan2 yang ada masalah kekurangan susu tu, su cadangkan supaya kerapkan mengepam/memerah susu dan banyakkan makan makanan/minuman berkhasiat. semoga kita semua berjaya menyusukan anak kita dengan susu yang terbaik untunya.. :)

No comments:

Related Posts with Thumbnails