My Online Friends. TQ for following me =)

Wednesday, March 31, 2010

Breastfeeding

Hari ni Su banyak masa terluang..tak banyak kerja kat ofis. Jadi su ambil kesempatan ni untuk buat new post kat blog ni. Kebetulan pula, topik perbincangan masa lunch tadi ialah mengenai penyusuan susu badan (breastfeed). kawan su tu mengadu yang susu dia dah semakin berkurang. baby dia skang dah 7 bulan. Macam-macam dah dia makan untuk + pengeluaran susu, tp masih x berhasil.

Bagi su sendiri, setakat hari ni alhamdulillah, su masih mampu menyusukan aulia' sepenuhnya dengan susu badan sahaja. Hasil pengepaman su di ofis setiap hari pun masih baik. tapi su ni malas. Patutnya kita kena kosongkan payudara setiap kali pam, supaya payudara kita boleh menghasilkan susu baru. Tapi su pam setakat memenuhkan botol je. bila botol dah penuh, su stop. so sekali pam dapatla dalam 10-12 oz (6oz x 2 botol). Then susu tu su simpan dalam plastic liner yg khas utk simpan stok susu badan. Setiap plastik su isi 3/4oz (sama byk dengan berapa oz baby consume each feeding).

Sebenarnya banyak kelebihan menyusukan anak dengan susu badan. Satu kelebihan susu badan yang tak ada pada mana-mana susu formula pun ialah ANTIBODI. HANYA SUSU IBU SAHAJA YANG ADA ANTIBODI untuk melawan jangkitan kuman. Sebab tu, anak yang breastfeed sepenuhnya biasanya lebih sihat dan jarang sakit. Selain tu, breastfeeding juga boleh mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Sebab tu digalakkan kita bacakan doa, surah2 pendek dan bercakap2 dengan baby sambil breastfeed dia.. :) Mudah-mudahan su berjaya menyusukan aulia' sepenuhnya sampai 2 tahun, or at least sampai 6 bulan..aminnnn

p/s : untuk kawan2 yang ada masalah kekurangan susu tu, su cadangkan supaya kerapkan mengepam/memerah susu dan banyakkan makan makanan/minuman berkhasiat. semoga kita semua berjaya menyusukan anak kita dengan susu yang terbaik untunya.. :)

Kisah kelahiran puteriku

ini sue copy from my facebook..skang ni puteri sue dah berusia 2 bulan 5 hari dah..alhamdulillah :)

hari ni Irdina Aulia' dah berusia 10 hari.tiba2 mummy terasa nk share pengalaman mummy melahirkan Aulia..Due date Aulia sebenarnya 10 Feb 2010.Tapi Aulia lahir awal 2 minggu..26.1.2010 mummy melahirkan Aulia pada jam 2.30 petang di Hosp.Putrajaya secara normal..So inilah kisah kelahiran Aulia..

25.1.2010, mummy mc sbb batuk dan selesema.mummy tak larat nk gi ofis. satu hari mummy berehat kt rumah. hari tu mummy byk tido, n mummy kurang rasa baby bergerak. dari pukul 4 sampai maghrib, mummy lgsg tak rasa baby gerak. mummy risau, so mummy n baba gi klinik untuk scan baby. tp doktor tu advice suruh terus pegi ke hospital sbb baby dah matang n mummy dah boleh melahirkan baby. so lps solat maghrib dan solat hajat mnntak Allah selamatkan baby, mummy n baba pun pegi hospital.

smpai hospital, nurse pasang mesin CTG kat mummy utk cek pergerakan baby n contraction.lama mummy baring atas katil..boring betul mummy rasa.pastu nurse msk, cek reading mesin tu. dia kata xde pape, baby gerak ok je.myb mummy yg tak perasan.pastu doktor plak masuk.dia tgk reading n scan baby.dia pn kata baby ok.tp yg peliknya, dia nk admit mummy..katanya nk monitor pergerakan baby.so mlm tu mummy pn tdo la kat hospital tu.

esoknya, pagi2 mummy cuma minum 1 cwn milo n 1 keping roti yg hospital sediakan.baba belikan ns lemak.xpela..nnt mummy mkn.doktor dtg cek mummy.dia kata nk induce mummy kalo mummy risau psl pergerakan baby.tp mummy xnak..mummy takut.mummy kata nk tggu smpai petang dulu,nk tgk movement baby cmne.kalo ok, mummy nk blk.doktor pn ok..pastu dlm pkl 9 doktor pggil untuk cek bukaan.sempatlah mummy sembang2 dgn bakal2 mummy yg lain masa tu.sumenye dah lama dok kat wad sbb dah ada tnda, tp jalan x bkk lagi.

smpai turn mummy, doktor kata dah buka 4-5cm.hah?bia betul doktor?saya tak rasa apa2 pun..betul..awak blk bilik dulu, nnt kita panggil utk pecahkan air bila ada labour room yg kosong.huaaaa..mummy dh tkejut giler.mummy blk bilik, masuk toilet.masa dlm toilet nurse dh pggil mummy.rupa2nya dah ada bilik kosong.so doktor pn pecahkan air, n mummy pn disorong ke labour room. b4 disorong tu lah mummy call bgtau baba yg mummy dh nk bsalin.terkejut baba.ns. lemak tu pn mummy x sempat mkn..

pkl 11, mummy dh berada dlm labour room. nurse tu bgtau, jalan biasanya akan terbuka 1cm per hour.so mummy dijangka bsalin pkl 5.mummy terpikir yg mummy xmkn, takut xde tenaga.tp mummy lgsg x tergerak hati nk tny nurse tu.siap dorg pasang mesin ctg n gas tahan sakit, baba pn masuk.mummy n baba decide utk amik epidural sbb mummy tak tahan sakit.tp sygnya, elok epidural tu siap dipasang, bukaan mummy dah almost 8cm.dlm pkl 2suku, mummy disuruh teran.mummy cuba sekuat hati, tp tenaga mummy mmg tak smpai.baba kat sebelah mummy, support bahu mummy n bg semangat kt mummy.tp mummy dah tak mampu.smpai satu tahap, mummy pkr ceasar je la..mummy dah tak larat nk teran.doktor2 n nurse2 sume menjerit2 suruh mummy push lg.doktor marah mummy, ksian anak awak ni.cepat push lg.anak awak dh nk kluar ni..dah nmpak kepala dia.jgn putus asa.awak tak boleh menyerah kalah.cepat!push lagi.then mummy rasa ada org tekan perut mummy utk tolak baby ke bawah.skt sgt masa tu..baba pn byk kali cium dahi mummy, mntk mummy push n selamatkan baby.

akhirnya at 2.30, baby pn lahir. tapi masa tu baby dah biru, n baby lgsung xbunyi suara.doktor marah mummy.dia kata kalo jd pape kat baby, mummy yg salah sbb mummy tak teran betul2.mummy sedih sgt masa tu.xputus2 mummy doa supaya Allah selamatkan baby.tak lama lepas tu, nurse masuk bgtau baby dh nangis.mummy lega sgt..bila mummy tgk baby, mummy rasa bahagia sgt.alhamdulillah..akhirnya anak mummy selamat..

Percubaan Pertama

Akhirnya, terhasil juga blog ni. Harap-harap tidaklah blog ini terbiar sampai bersawang dek kerana sikap hangat-hangat taik ayam diriku ni.heheh.. sebenarnya sue dah merancang nak buat blog ni since dalam pantang lagi..tapi tak terbuat-buat sampaila dah start kerja balik.tak kesahla kan..yang penting akhirnya tercipta jugak blog ni..harapnya dalam blog ni sue boleh kongsikan pengalaman sue sebagai seorang isteri, ibu bekerja yang menyusukan anak secara eksklusif dan juga sebagai seorang wanita biasa. Semoga kita sama-sama dapat belajar sesuatu melalui alam maya ini...
Related Posts with Thumbnails