My Online Friends. TQ for following me =)

Tuesday, May 15, 2012

Sajak Buat Breastfeeding Mothers

Baru-baru ni ada seorang kawan lelaki su yang sama-sama attend kursus DPA buatkan sajak untuk su & kawan-kawan yang mengepam masa DPA. Terharu sangat, jadi su nak kongsikan di sini.. Sajak ini khusus untuk semua ibu bekerjaya yang masih bertekad & berusaha menyusukan anak masing-masing, walau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran..

Tajuk : Disebalik Box Putih


Ok, lihat dulu box putih yang dimaksudkan ye..

inilah kotak yang menyimpan hasil perahan kami selama 2 minggu menjalani wataniah. (su punya stok seminggu je, stok lagi seminggu tu husband dah bawak balik)

askar-askar kat belakang tu mmg banyak tanya la kan..hadoii!!

Sebalik box putih itu

tersimpan air putih suci
sebagai tanda kasih
untukmu anak yang jauh dari sisi

Disitu tersimpan erti tabahku
terik mentari membakar kulit
tak kubiar ia jatuh kebumi walau setitis
kerana anugerah itu hanya untukmu

siapa kata aku tak rindu
siapa kata sayangku lelah
siapa kata tangismu tak kudengr
siapa kata ku tak mimpi riangmu

Di sebalik celoreng itu,
kusimpan sabar untukmu
disaat senjata ditangan
seakan kau hadir dalam rahimku
memberiku semangat untuk tegar 
di bawah terik di atas lumpur

Di sebalik box itu,

tersimpan sejuta kasih yang sukar dirungkai
walau harganya bukan wang ringgit
tapi tiap titisannya adalah jiwa
kusimpan rapi sebagai erti kasih
kerana cinta ku setinggi gunung
hampir lupa erti malu
mengendong box putih kesana sini
demi anakku tercinta

disebalik Box Putih,

Jika aku tak malu membawanya
jika aku tahan mengangkatnya
jika aku sabar menjaganya
jika aku setia menyimpannya
jika aku jujur memerahnya
jika aku tabah menjaganya
jika aku syukur mendapatnya
semua itu hanya keranamu anakku

Disebalik Box Putih itu

hanya aku dan Tuhan yang mengetahui
setiap helaian urat kecil
dalam hatiku mengalir
rasa cintaku pada mu melebihi segalanya

nukilan : Amir Shah Noor Ahmad, 11/05/2012
Selamat hari ibu

Friday, April 27, 2012

A Trip To My Agro Hypermarket, MAEPS Serdang

Rasanya ramai yang belum tahu kot, kewujudan tempat ni..
Last weekend saja2 ajak mak, ayah & en.hubby pergi sini.. Maklumlah, sejak kerja dalam bidang pertanian ni, kenalah support sikit produk-produk IAT (industri asas tani) malaysia kan..lagipun IAT ni kebanyakannya PKS Bumiputera, jadi kita kenalah bantu.

Mula-mula ingatkan tak banyak barang dalam ni..Haha..dah namanya pun HYPERMARKET kan, haruslah banyak barangnya.. Price pun agak ok lah bagi su.. Lain kali nak datang lagi.. :)

So, enjoy piccas je lah yer..












aulia'seronok main lari2..run to mommy..

run to baba pulak..


run to maktok pulak.. ;p

mak shopping penuh 1 troli


Thursday, April 19, 2012

Kursus Pengurusan Laktasi 20 jam

Dah lama berangan-angan nak sertai kursus ini.. Nak belajar lebih mendalam mengenai pengurusan laktasi..
Alhamdulillah, hari ni peluang tu datang.. Masih belum dapat memastikan kehadiran, tapi su akan cuba juga agar dapat sertai kursus ini..

Sedikit info, kursus ini adalah anjuran Jab. Kesihatan W.P Kuala Lumpur. Sebenarnya kursus ini untuk kakitangan kesihatan, tapi ia turut ditawarkan kepada individu yang berminat.. Bayaran RM450 merangkumi handouts, sijil penyertaan, pengangkutan (untuk modul praktikal) dan makan minum..Kursus akan diadakan di jabatan Kesihatan KL, pada 4, 5, 11 & 12 Mei 2012. (3 hari setengah)

Kalau ada yang berminat nak join, bolehlah bagitahu su yer.. mana tahu, boleh kita car pool sama-sama.. :)


UPDATE: ATURCARA KURSUS




ATURCARA KURSUS PENYUSUAN SUSU IBU 20 JAM
PERINGKAT WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
4, 5, 11 & 12 MEI 2012

HARI PERTAMA: 4 MEI 2012 (JUMAAT)
TEMPAT: BILIK SEMINAR PEMAKANAN, JKWPKL&P
MASA
PROGRAM/AKTIVITI
7.30-8.00 AM
Pendaftaran peserta
8.00-8.30 AM
Pre-Test
8.30-8.45 AM
Ucapan aluan oleh Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), JKWPKL
8.45-9.15 AM
Sesi 1: BFHI: A PART OF THE GLOBAL STRATEGY
[30 minit]
Penceramah: Pn. Nur Dayana Shaari, Penolong Pengarah (Pemakanan), JKWPKL&P
9.15-10.15 AM
Sesi 2: COMMUNICATION SKILLS
[60 minit]
Penceramah: Matr. Zuraida Mustafa, Kaunselor Laktasi, Pusat Laktasi Kebangsaan
10.15-10.45 AM
Minum Pagi
10.45-12.45 PM
Sesi 3: PROMOTING BREASTFEEDING DURING PREGNANCY- STEP 3
[120 minit]
Penceramah: Pn. Nor Azah Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), JKWPKL&P
12.45-1.45 PM
Solat / Makan Tengahari
1.45-2.35 PM
Sesi 4: PROTECTING BREASTFEEDING
  [50 minit]
Penceramah: Pn. Nurul Zaiza Zainuddin, Penolong Pengarah (Pemakanan), JKWPKL&P
2.35-3.50 PM
Sesi 5: BIRTH PRACTICES AND BREASTFEEDING- STEP 4
[75 minit]
Penceramah: Dr. Noor Haliza Yussoff, Pakar Perunding Kanan O&G, HKL
3.50-4.30 PM
Sesi 6: HOW MILK GETS FROM BREAST TO BABY
[40 minit]
Penceramah: Dr. Noor Haliza Yussoff, Pakar Perunding Kanan O&G, HKL
4.30 PM
Minum petang & Bersurai

HARI KEDUA: 5 MEI 2012 (SABTU)
TEMPAT: BILIK SEMINAR PEMAKANAN, JKWPKL&P
MASA
PROGRAM/AKTIVITI
8.30-9.10 AM
Sesi 9: MILK SUPPLY 
[40 minit]
Penceramah: Matr. Zuraida Mustafa, Kaunselor Laktasi, Pusat Laktasi Kebangsaan
9.10-10.10 AM
Sesi 12: BREAST AND NIPPLE CONCERNS   
[60 minit]
Penceramah: Matr. Zuraida Mustafa, Kaunselor Laktasi, Pusat Laktasi Kebangsaan
10.10-10.40 AM
Minum Pagi
10.40-11.40 AM
Sesi 11: IF BABY CANNOT FEED AT THE BREAST- STEP 5 
[60 minit]
Penceramah: Pn. Nur Dayana Shaari, Penolong Pengarah (Pemakanan), JKWPKL&P
11.40-12.55 PM
Sesi 14: ON GOING SUPPORT FOR MOTHER- STEP 10
[75 minit]
Penceramah: Pn. Nur Dayana Shaari, Penolong Pengarah (Pemakanan), JKWPKL&P
12.55-1.55 PM
Solat / Makan Tengahari
1.55-2.20 PM
Sesi 13: MATERNAL HEALTH CONCERNS (Part 1)
[25 minit]
Penceramah: Pn. Nor Azah Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), JKWPKL&P
2.20-3.20 PM
Sesi 10: INFANTS WITH SPECIAL NEEDS
[60 minit]
Penceramah: Dr. Nazatulshiha Bachtiar, Pensyarah Jab. Fisiologi, Fakulti Perubatan UM
3.20-3.55 PM
 Sesi 13: MATERNAL HEALTH CONCERNS (Part 2)
 [35 minit]
Penceramah: Dr. Nazatulshiha Bachtiar, Pensyarah Jab. Fisiologi, Fakulti Perubatan UM
3.55 PM
Minum petang & Bersurai
                                               
                                   


HARI KETIGA: 11 MEI 2012 (JUMAAT)
TEMPAT: BILIK SEMINAR PEMAKANAN, JKWPKL&P  DAN HOSPITAL KUALA LUMPUR
MASA
PROGRAM/AKTIVITI
8.30-10.00 AM
Sesi 7: HELPING WITH A BREASTFEED- STEP 5
[90 minit]
Penceramah: Pn. Noor Lita Samion, Kaunselor Laktasi, Pusat Laktasi Kebangsaan
10.00-11.00 AM
Sesi 8: PRACTICES THAT ASSIST BREASTFEEDING– STEPS 6,7,8 & 9
[60 minit]
Penceramah: Pn. Noor Lita Samion, Kaunselor Laktasi, Pusat Laktasi Kebangsaan
11.00-11.15 AM
Taklimat sesi praktikal
11.15-11.30 AM
Minum Pagi dan Bertolak ke HKL
11.30-1.30 PM
Clinical Practice 1: OBSERVING & ASSISTING BREASTFEEDING
 [120 minit]
Fasilitator: Sr. Ros Samat, Sr. Norhayati, Sr. Junaidah Abdul Majid, JKWPKL
1.30-2.30 PM
Solat / Makan Tengahari
2.30-3.30 PM
Clinical Practice 2: DISCUSSING BREASTFEEDING WITH PREGNANT WOMEN
[60 minit]
Fasilitator: Sr. Ros Samat, Sr. Norhayati, Sr. Junaidah Abdul Majid, JKWPKL
 3.30-5.00 PM
Clinical Practice 3: OBSERVING HAND EXPRESSION & CUP FEEDING
[90 minit]
Fasilitator: Sr. Ros Samat, Sr. Norhayati, Sr. Junaidah Abdul Majid, JKWPKL
5.00 PM
Minum petang & Bersurai


HARI KEEMPAT: 12 MEI 2012 (SABTU)
 TEMPAT: BILIK SEMINAR PEMAKANAN, JKWPKL&P
MASA
PROGRAM/AKTIVITI
8.00-8.30 AM
Minum Pagi
8.30-9.30 AM
Sesi 15: MAKING YOUR HOSPITAL BABY FRIENDLY & KUALA LUMPUR BABY FRIENDLY CLINIC INITIATIVE
 [60 minit]
Penceramah: Pn. Siti Mariam bt. Ali, Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan), Pusat Laktasi Kebangsaan
9.30-10.15 AM
Sesi 16: HIV & BREASTFEEDING
 [45 minit]
Penceramah: Dr. Zuraidah Abdul Latif, Ketua Jab. Pediatrik, Hospital Ampang
10.15-10.45 AM
Post-Test
 10.45-11.45 AM
Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
11.45 AM
Makan Tengahari & Bersurai










Related Posts with Thumbnails